mytasteindonesia.com

Friday, 24 June 2011

ASAM REBUS BENDI






Kalau sebut jer masak asam rebus bendi..ermm itulah makanan kegemaran umie.Tulah umie ni simple jer..suka yg simple2..dan yg simple2 tulah yg membuka selera umie.Yelah tekak orang kampung katakan...Masak asam rebus bendi ni..umie klu makan suka letak kuah byk2..mcm makan mee sup gitu..pastu tu digandingkan pulak dgn sambal.X kiralah sambal apa..janji sambal..wahh x hingat dunia sekejap.Makan pulak waktu makanan tu panas2...berpeluh-peluh dahi...Masak asam rebus bendi ni rasanya semua orang boleh buat..tapi ada versi masing2lah...klu ikut versi umie bhn2nya semua simple2 jer...nak teguk jom...





bhn:

10 btg kacang bendi dibasuh dan ditoskan
1 sudu bsr cili api ditumbuk
3 ulas bwg kecil ditumbuk
segenggam ikan bilis ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
2 keping asam keping
4 tangkai daun kesom
garam dan perasa
3 cwn air


cara:


1. dlm periuk addkan bhn tumbuk,asam keping,serbuk kunyit dan sedikit garam
serta air
2. Letak periuk atas api biar kuah mendidih dan kacau selalu
3. bila kuah dh mendidih addkn daun kesom.kacau rata
4. addkan garam serta perasa.kacau lagi
5. potong serong kacang bendi terus masukan kedlm periuk.kacau sebentar.
6. Bila serata.tutup api angkat.
7. sedia utuk dihidangkan....mkn pns2


" Selamat mencuba"




No comments:

Post a Comment