mytasteindonesia.com

Wednesday, 27 July 2011

ASAM PEDAS DAGING TETEL BERKANTAN






Sesekali buat asam pedas sedap jugak kan...Asam pedas ni boleh dipelbagaikan...ada asam pedas ikan,asam pedas ayam dan asam pedas daging.Lain negeri lain caranya...Lain orang lain jugak versinya..Asam pedas ni bole diletakkan daun kari,daun kesom,bunga kantan,serai...dan daun limau purut pun bole..Tapi asam pedas umie semua daun umie letak..sbb umie suka semua aroma daun digabungkan sekali...bila kita hirup kuahnya...walahhhh...mengasyikkan...dan kalau asam pedas daging atau ayam umie suka kuahnya yg agak pekat sedikit berbanding dgn asam pedas ikan..dimana umie suka lebih cair sedikit.Satu perkara lagi umie klu masak asam pedas daging atau ayam umie suka kisar semua daun2nya kecuali serai dan bunga kantan sbb bunga kantan tu bole di mkn gitu saja bersama daging dan kuahnya dan serai umie suka ketuk sbb nk nampakan "keseraian"nya dlm asam pedas umie ni...Ekceli resepi ni resepi turun temurun dari keluarga umie...baru2 ni umie terpandang asam pedas tetel ni dari blog cendana kasih..dan bhn2 yg CK guna kan lebihkurang sama ngan versi umie..ermm mmg sedapkan CK.Cuma asam pedas CK ,beliau tambah sos ikan..ehh umie pun nk cuba gak lah..sbb asam pedas versi umie x letak sos ikan dan perahan asam limau.tapi umie letak perahan asam limau kasturi...ternyata sedap gak.Umie letak last sekali..bila tutup api terus perah asam limau dlm periuk...ok lah jom tguk bhn2 utk asam pedas daging tetel umie...jom...






bhn:

1 kilo daging tetel (daging biasa ada sedikitlemak pun bole)
segenggam cili kering( direbus dahulu dan ditoskn airnya)*
5 ulas bwg kecil*
1 biji bwg besar(sederhana bsr)*
11/2 inci halia*
11/2 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
segenggam daun kesom*
5 helai daun limau purut dibuang urat*
sedikit belacan*
3 biji buah keras*
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
3 btg bunga kantan dibelah 2
3 btg serai diketuk
garam serta perasa
sedikit sos ikan
sedikit air asam jawa
3 biji limau kasturi perah airnya(ikut tahap kemasaman yg dikehendaki)
sedikit myk utk menumis
sedikit air utk merebus daging sehingga empuk.
sedikit lada hitam


cara:

1. hiris daging tetel,basuh bersih dan toskan.Rebus dgn air sehingga empuk
( air rebusan jgn dibuang air bole ditambah sehingga daging empuk)
2. kisar bhn bertanda* sehingga lumat.serai diketuk.
3. pnskn periuk add myk.add halba biji sawi beserta serai
4. add bhn kisar.kacau sehingga pecah myk.
5. bila dh pecah myk add air asam jawa ,daging serta air rebusan tadi.kacau
rata.
6. biarkan kuah mereneh seketika.add bunga kantan yg tlh dibelah 2.biar
mereneh.
7. tambah garam , perasa serta sos ikan serta serbuk lada hitam.
8. bila kuah dh agak memekat tutup api.perahkan air asam limau kedlm
periuk dan kacau rata.
9. sedia utk dihidangkan....



" Selamat mencuba "......


No comments:

Post a Comment