mytasteindonesia.com

Monday, 25 July 2011

CHICKEN CHOP BERSOS LADA HITAM







Assalamualaikum...salam isnin dan selamat berpuasa kpd rkn 2 yg berpuasa sunat isnin arini....Malam kelmarin menu UJ ialah lemak putih taugeh bersama sambal tempoyak...walah berselera betul mkn...berpeluh2 dahi..."pengggsan" sekejap.Tghari ni pula...haaa...UJ nk ke barat lah pulak..... iaitu chiken chop bersama sos lada hitam...ermmm...sekejap ke barat....sekejap balik semula ke timur..Tulah dunia masakan ni unikkan...setiap bhn boleh diperbagaikan... UJ pinjam kata2 CMG sekejap....Dunia masakan ni, kita bole mencuba ....membuat dan merasainya...bg UJ perkataan "sedap" itu pulak "subjektif"...ada org suka akan rasanya...dan ada pulak sebaliknya...betul x..ok..UJ malas nk berceloteh lagi ...jom intai resepi chiken chop dan sos lada hitam versi UJ





bhn utk chicken chop:

3 ketul dada ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
2 biji telur dipukul ringan
2 cwn tepung gandum
2 cwn serbuk roti
myk utk menggoreng ( deep fried)


cara:

1. bersihkan dada ayam.potong seperti rama2.ketuk sehingga leper( guna ank lesung batu
pun bole)
2. perap ayam dgn garam dan serbuk lada sulah dan gaulkan dgn tepung gandum sehingga rata.
3. gaul kan pula dgn telur yg tlh dipukul ringan tadi serata.
4. kemudian gaulkn lagi dgn serbuk roti sehingga rata(menggunakan teknik standard breading)
5. sediakan kuali dgn myk yg pns.Goreng sehingga kekuningan.Tos dan angkat.





bhn sos lada hitam.

3 sudu bsr mentega
1 biji bwg besar bombay dicincang(bwg besar biasa pun bole)
2 ulas bwg putih dicincang
2 sudu bsr tepung gandum
1 susu bsr sos tiram
1/4 cwm sos lada hitam maggie
1 ulas kiub ayam
2 cwn air


cara:

1. pnskan kuali.add mentega
2. add bwg bsr dan bwg putih cincang.kacau sehingga naik bau.
3. add tepung gandum.kacau rata supaya x bergentel.add air serta kiub ayam.
4. biar mendidih dan memekat sedikit. add sos tiram dan sos lada hitam maggie
5. kacau rata..bila dh pekat tutup api

#*----sos x perlu letak garam krn sos lada hitam serta kiub ayam tu dah masin.#




bhn sampingan yg UJ buat utk dimkn bersama chicken chop ialah jagung manis kukus mentega
bersama sos thousand island


bhn:


3 cwn jagung frosen(sweet corn)
3 sudu mentega
4 sudu bsr sos thousand island
sedikit garam


cara:

1. sediakn air dlm kukusan.biarkan mendidih
2. add jagung dlm bekas.add dlm kukusan
3. kukus selama 5 minit..(jgn lebih nnti x sedap.)
4. bila jgung dh masak.tutup api.
5. add mentega,garam dan sos thousand dlm bekas jagung tadi.gaul rata.
6. sedap dihidangkan bersama chicken chop bersos lada hitam...(sedap mkn pns2...)







" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment