mytasteindonesia.com

Saturday, 16 July 2011

LAKSA











Assalamualaikum....laksa oh laksa..mmg peberet UJ.Kalau open house..mesti carik laksa..Klu gi pasar malam pun mesti cari laksa jugak...Sebut jer laksa mmg Uj x pernah jemu.Kalau dpt hirup kuahnya yg masam2..pedas tu..( ditambah cili api racik).."slurpppp..."..walah mmg x hinggat sekejap..begitulah penangan laksa bagi UJ.Tapi si somi UJ x suka laksa..alahai..ruginye..Kalau tanya kenapa x suka mkn laksa..dia kata" rasa macam lauk org bersalin .." ada ka patut...hissh x suka sudah...bagi UJ mkn sorang...wokeh..jom roll resepi...





bhn:

1 paket laksa direndam dan direbus..tos airnya.( laksa segera pun bole)
1/2 kilo ikan kembung (ikan sardin pun sedap gak)
1/2 cwn cili kering*
1 biji bwg besar*
1 inci belacan*
segenggam daun kesom
3 btg bunga kantan dibelah 2
sedikit kunyit serbuk
5~6 keping asam keping ( ikut citarasa nk masam bole lebihkan)
garam dan perasa

bhn sampingan utk dimkn bersama:

1/2 biji timun dihiris
1 biji bwg besar dihiris
4 tangkai daun salad dihiris kasar
4 biji limau kasturi dibelah 2
4 biji telur direbus
cili api hiris/cili besar hiris
sedikit daun selom (optional)


cara:

1. rebus ikan kemudian dikisar halus( kisar bersama air rebusan)
2. kisar ikan yg tlh direbus tadi kemudian tapis(asingkan tulang dan isi ikan)
add dlm periuk air ikan yg tlh ditapis tdi bersama asam keping.
3. cili kering,belacan dan bwg bsr dikisar.add dlm periuk air ikan tadi.kacau
4. masak periuk atas api addkan sedikit kunyit serbuk.kacau rata.
5. biar kuah mendidih.bila dh mendidih add daun kesom dan bunga kantan.
kacau rata.
6. bila kuah dh agak memkat sedikit add garam serta perasa.
7. biar mereneh sebentar.kacau tutup api.
8. hidangkn bersama laksa yg tlh direbus tadi serta bhn sampingan yg lain.


" Selamat mencuba"


No comments:

Post a Comment