mytasteindonesia.com

Friday, 1 July 2011

PECAL SAYUR





Add caption




Alahai berpecal pulak umie hari ni.Dah lama gak x buat pecal.Selalu umie klu wat pecal klu ada tetamu yg dtg bertandang je.Kalau x pun menu di hari raya....utk tetamu dtg kerumah.Selain dari pecal adalah menu sampingan yg lain...yelah sambil berborak sambil mkn...Pecal umie ni adalah resepi dari ibu umie...pecal orang melayulah katakan..mungkin x sesedap pecal org jawa.tapi bagi umie kalau air tangan ibu umie semuanya sedap...kalau pecal org jawa ada diletakan cekor sikit.Tapi ahli keluarga umie x suka bau cekor tu...tapi umie suka lah pulak, baru lah benar2 pecalkan...Tapi disebabkan bilangan yg x suka bau cekor ni lagi ramai dari yg suka...so ikut mejoritilah...versi pecal umie ni ringkas jer..x taulah pulak versi pecal rakan2 yg lain...jom tenguk pecal versi umie








bhn A ( kuah)

segenggam cili kering*
3 ulas bwg putih*
6 ulas bwg merah*
1 inci belacan*
gula putih ( secukup rasa)- bole juga dicampurkan sedikit gula merah( ikut citarasa
umie guna gula putih jer)
garam (secukup rasa)
air asam jawa (secukup rasa)
2 cwn air
kacang tanah di rendang(digoreng tanpa myk) dan ditumbuk


cara:


1. goreng bhn bertanda* dgn sedikit myk( lebih kuran 2 sudu bsr)kisar halus
dan ketepikan.

2. campurkan semua bhn A( bhh kuah) serta kacang tanah yg tlh ditumbuk tadi dgn
sedikit air( 2 cwn air).masak sehingga mendidih dan memekat sedikit.sejukan.

BHN SAYUR:

1. secekak pucuk ubi dicelur ditoskan airnya dan dihiris kasar
2. semangkuk taugeh dicelur dan ditoskan airnya
3. 6 keping tauhu digoreng garing dan hiris nipis
4. 1 biji timun di buang isi dalamnya dan dihiris memenjang
5. 1/2 biji sengkuang putih dihiris memanjang
6. 7 tangkai kacang panjang dicelur,ditoskan airnya dan dipotong 1 inci pjg


cara:

1. susun semua bhn sayur didalam pinggan
2. tuangkan kuah keatasnya
3. sedia utk dihidangkan....













" Selamat mencuba"

4 comments:

  1. air liur pn meleleh lah umie tgk pecal ni

    ReplyDelete
  2. alahai...siannya ida..klu dekat leh umie bagi sepiring...ida leh cuba yer.....silakan.....=)

    ReplyDelete
  3. ok bila2 nk cuba ...kuah kacang tu mcm sedap lah

    ReplyDelete