mytasteindonesia.com

Sunday, 31 July 2011

RENDANG PEDAS ITIK.....


Assalamualaikum...haa semlm UJ masak rendang pedas itik.Yelah menyambut 1 ramadhankan..UJ masak lah ape yg patut utk santapan ahli keluarga.Selalunya klu nk menyambut ramadhan kami adik beradik akan berkumpul kt rumah mak dan kami masak bersama2.Maklumlah asal dari kampung.Meriah sungguh.Terasa seronoknya nk menyambut kedatangan bulan yg mulia ini.Lepas tu kami adik beradik akan memasak makanan sampingan yg lain contohnya seperti lemang atau ketupat beramai2.Sebut saje itik..ermm mmg peberet UJ and pamililah tu..Apalagi klu itik tu dibuat rendang.Selalunya dlm keluarga UJ itik ni selalunya dibuat rendang..rendang tu mestilah pedas...walahhh baru terangkat rasanya.tapi ada jugak org x mkn itik kan....Yelah lain org lain seleranya.UTk resepi Rendang pedas itik ni UJ gandingkan dgn lemang panas.walahhhh......Ok lah jom UJ kongsikan resepinya.....





bhn:

1 ekor itik dibasuh dan dibersihkan ( lagi sedap itik tua dagingnya pejal sedikit)
10 btg serai dihiris halus
santan dari 3 kelapa
10 ulas bwg kecil*
1 biji bwg besr*
8 ulas bwg putih*
1 ini lengkuas*
4 inci halia*
3/4 cwn cili api*
5 btg serai diketuk
2 sudu bsr rempah kari
garam secukup rasa
myk utk menumis
air utk mengempukkan daging itik


bhn rempah kisar:

3/4 cwn jintan manis#
3/4 cwn jintan putih#
3/4 cwn ketumbar#

kesemua bhn yg bertanda# digoreng tanpa myk dan dikisar halus.ketepikn.


cara:

1. kisar bhn yg bertanda * sehingga halus
2. pnskn kuali add myk.tumis bhn kisar yg bertanda* sehingga naik bau.
3. add serai ketuk.gaul rata.
4. add serbuk rempah kari.gaul rata
5. add daging itik tadi.gaul rata dan mesra bbersama bhn tumisan.biar daging itik empuk
( bolelah ditambah sedikit air utk mengempukkan daging itu)
6. bila daging itik dh empuk addkan santan.kacau perlahan sehingga rata.
7. biar santan memekat.bila dh santan dh memekat addkan serai hiris tadi bersama
rempah kisar yg bertanda #.gaul rata
10. bila kuah dh memekat dan rendang dh mengeluarkan myk add garam.gaul rata.
11.bolehlah dihidangkan.





: selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment