mytasteindonesia.com

Wednesday, 15 February 2012

BURGER PANGGANG BERKEJU








Cuaca yg sepoi2 bahasa pun mula lah menyapa dan menyentap2  kelopak mata antara terbuka dgn tidak ni...Sang bantal seakan melambai-lambai seolah-olah memanggil aku utk terus melabuhkan kepala ini kedadanya...Terlihat diluar..cuaca amat kelam sekali..kadang-kala diiringi bunyi guruh yg menggegarkan langit..Ku lontarkan pandangan ku diluar jendela...sunyi-sepi sekali...seolah2 insan sekeling sedang bermain2 dgn  mimpinya.....Laaaaa lapo lah pulak..dapat teguk kopi O kaw besh gak ni...pastu terbayang pulak burger berkeju.....Aku pun berlari-lari anak menuju ke esbok keluarkan saki baki daging burger serta keju yg masih tersimpan...dgn kemalasan tahap gaban..aku pun. mula lah meracik2 bhn2  dan ...pnskan oben utk memanggang daging burger..haaa kau x payah nak sental kesan2 myk yg terpercik......jom roll burger panggang berkeju.....





2 buku roti burger
2 keping burger( Uj gunakan jenama Ramli)
sedikit seasoning maggie sos perasa
sedikit serbuk lada hitam
1 biji tomato
sedikit kobis dihiris
sedikit hirisan bwg besar
2 keping keju kraft singles
sedikit margerine
sedikit sos cili ( Uj guna jenama life)
sedikit mayonis


cara:

1. Pnskan oven 180 degree.Ambil garfu cucuk-cucukkan daging burger tadi.Addkan seasoning maggie
    serta serbuk lada hitam diatasnya.addkan sedikit mentega.
2.  dalam dulang pmbakar sapu sedikit margerine dan addkan daging burger tadi..Bakar sehingga daging
     burger tadi masak.
3. Bila daging burger tadi dh masak addkan kepingan keju diatas daging burger tadi dan terus memanggang
    lagi sehingga 2~ 3 minit lagi.Jgn sampai keju cair.keluarkan.
4.Roti dibelah 2 sapu sedikit margerin dan sos cili..alas dgn hirisan tomato dan hirisan kobis.Ambil daging
   burger yg tlh dipanggang tadi letakan diatas kobis tadi dan sapukan sos diatas kepingan roti burger tadi...
5. Lekatkan kedua2 keping roti tadi...dan sedia  utk di ngap....



Utk resepi roti burger bole lah selongkar blog Uj ni dibwh label roti




" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment