mytasteindonesia.com

Saturday, 25 February 2012

KARIPAP KENTANG IKAN BILIS







                    




Assalamualaikum...sebut jer karipap ramai yg suka makan karipap kan.Apalagi klu karipap tu masih pns..maksudnya baru jer lepas goreng..sambil gigit karipap tu berasap-asap mulut..silap haribulan bole lecur lidah..hehe.Karipap ni klu dah sejuk pun sedap jugak...senang nak mkn... x perlu berasap mulut nak mengunyah karipap tu....Karipap ni pulak ader yg  bahan intinya dari kentang dan ada jugak inti keledek..dua2 pun sedap..klu inti keledek manis sikitlah rasanya..Bagi sesiapa yg suka intinya manis sesuwai sgtlah...bagi Uj dua-dua pun Uj suka..janji karipap...oklah jom usha karipap kentang versi Uj..sesiapa yg nk mencuba silakan lah....atau sekadar nak menjamu mata pun x der hal...hehe...jom...




                                                       sekadar utk menjamu mata......Lihatlah intinya cair dimulut...

                                         
                                            Sebelum digoreng..........




bhn doh..( bahan A)

4 cwn tepung gandum
4 sudu bsr margerine dicairkan
sedikit garam
sedikit air dari petisejuk ( ais)

bhn inti:

4 biji kentang besar didadu
2 ulas kiub ikan bilis ( klu guna ikan bilis dalam segenggam)*
2 biji bwg bsr dihiris kasar*
2 ulas bwg putih*
2 sudu bsr  serbuk cili kering
2 sudu bsr serbuk rempah kari babas
5 tangkai daun kari
sedikit myk utk menggoreng
sedikit air utk mengempukkan kentang

cara utk membuat doh:

1.   Satukan tepung, margerine cair dan garam  digaul rata.
2.   Bila dah rata add kan air dari peti sejuk sedikit demi sedikit sehingga bole diuli.
3.   Bila dah bole diuli..ulilah sehingga menjadi doh.

cara utk membuat inti:

1.  Kisar kasar bhn yg bertanda .x perlu hancur sgt.
2.  Pnskan kuali add myk tumis bhn kisar sehingga naik bau.Addkan daun kari,rempah kari serta serbuk
     cili addkan juga kiub ikan bilis .Kacau rata.Biar bhn tumisan pecah myk.
3.  Bila dah pecah myk addkan kentang dan tuangkan sedikit air.Biar kentang empuk.
4.  Bila kentang dah empuk addkan sedikit garam serta sedikit gula..Biarkan kentang empuk sendiri dan
     menjadi pes.Kemudian bolelah diangkat.




                                             Selepas digoreng...tunggu utk dingap....


" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment