mytasteindonesia.com

Tuesday, 28 February 2012

KUIH SAGU VERSI KUKUS LAGI







Assalamualaikum...selamat malam..dah pukul 12.45 pagi baru dpt mengN3kan resepi..maklumlah surirumah sibuk jer sepanjang masa...org dah diulit mimpi..kita baru jer dapat meluruskan tulang temulang yg hampir nak kejang ni..hehe..memalam cenggini sunyi sepi jer...mata pun dah x berapa nk kelip....oklah jom kita ke resepi...ni pun sambil menggunyah kuih sagu ni...dah jadi macam Nigella Lawson pulak memalam buta masih nak menggunyah  lagi....Nak tau apa yg Uj kunyah..ni haa kuih talam sagu..baru jer minggu lepas Uj mengukus kuih sagu ni...dek kerana nak pulangkan piring jiran yg hampir berzaman dalam simpanan Uj ni takut pulak bertukar hak milik...maka ptg tadi UJ  mengukus kuih ni..maka Uj balas dgn kuih  sagu..Dulu Uj buat dalam loyang jer yelah nk makan sendiri...tapi .kali ni Uj gunakan acuan kuih lompang.. nak bagi comei sikit..sebagai santapan mata......oklah jom layan resepi.....sesiapa nk mencuba silakan yer.....






Resepi: Kuih sagu kukus
sumber: Puan Ct Delima


bhn:


1 gelas sagu ( uj guna 1 cwn)
3 gelas air ( Uj guna 3 cwn air)
3/4 cwn gula pasir ( Uj guna 3/4 cwn)
sedikit pewarna ( Uj guna warna merah)
1 sudu teh esen rose
sedikit kelapa dan sedikit garam ( digaul bersama)


cara:

1.   Didihkan air didlm pengukus ( balut pengukus dgn tuala yg bersih)
2.   Dalam periuk lain ,jerang air yg tlh dicampur pewarna sehingga mendidih.
3.   kemudian masukan sagu biji kacau rata serta masukan esen ros.kacau rata lagi.
4.   Selepas itu addkan gula,gaul rata.Apabila adunan nampak pekat sedikit addkan kedlm loyang
      81/2 x81/2 x 1 inci.
5.   Kukus adunan tersebut kedlm periuk kukusan selama 20 minit atau sehingga masak .
6.   Apabila sudah masak sejukan dan barulah dipotong..




" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment