mytasteindonesia.com

Thursday, 22 March 2012

BUAH MELAKA



Assalamualaikum...salam khamis kpd semua rakan2 tersayang...Dikesempatan ini UJ ingin mengucapkan tahniah kpd adik2 kita yg telah berjaya dalam peperiksaan SPM yg telah pun diumumkan keputusannya semalam..tahniah yer...Apa perancangan kalian seterusnya ..dan kepada adik2 kita yg telah gagal..jgn berputus asa..cuba lagi...dan kuatkan semangat..gagal x semestinya kalah...Ramai jugak orang2 yg gagal kali pertamanya telah berjaya dgn cemerlangnya buat kali keduanya....terimalah ketentuan allah dgn redha dan..fikirkan lah hikmah disebaliknya....Oklah kita ke resepi pulak yer...kali ni Uj ingin kongsikan satu resepi kuih yg Uj kira adalah kuih tradisional masyarakat kita yg tidak pernak luput dik zaman iaitu kuih buah melaka..Cara membuatnya juga begitu mudah semudah kita memakannya...hehe..selalu kuih ni UJ x guna sukatan cuma sukatannya agak2 sahaja...tapi kali ni...UJ letakan sukatannya...ok jom kita kedapur..




Bhn:

1 paket tepung pulut
4 helai daun pandan
3/4 cwn air
sedikit garam
kelapa parut
gula melaka dihiris nipis
air utk merebus

Cara:

1.   Kisar daun pandan dgn 3/4 cwn air.Kemudian tapis dan ambil airnya.
2.   Dalam bekas yg lain satukan tepung pulut sedikit garam dan air pandan tadi.Gaul serata 
      sehingga menjadi doh.
3.   Hiris gula melaka kecil-kecil.
4.   Sementara itu didalam periuk masak air sehingga mendidih.
5.   Ambil adunan tepung tadi sebesar ibu jari leperkan dan masukan gula melaka tadi.
6.   Bulat-bulatkan kembali adunan tadi..Buatlah sehingga aduanan habis.
7.   Masukan adunan yg tlh berisi dgn gula melaka tadi kedlm air mendidih.Biar adunan terapung.
8.   Bila adunan dah terapung ( bererti aduanan dah masak) toskan airnya.
9.   Bila airnya dah kering boleh digolek-golekan kedalam kelapa parut yg tlh dicampurkan dgn
      sedikit garam..
10. Siap utk dihidangkan...




" selamat mencuba:"

No comments:

Post a Comment