mytasteindonesia.com

Tuesday, 20 March 2012

BUTTER BREAD PUDDING












Assalamualaikum....nilah resepi hasil intaian UJ dari dapur Dayang Jack..blog dapurku sayang iaitu Bread Butter Pudding atau dalam bahasa melayunya..Puding Roti Bermentega...ermmm..sedap..bangat...Bak kata DJ...lagi sedap kalau dimakan panas-panas...berasap-asap mulut.Tap.... hati-hati yer jgn sampai mulut lecur pulak...Bila dibakar aromanya semerbak harum.Strukturnya lembut...dan lemak-lemak manis....rasanya ader rasa pisang..peanut butter...dan ditepi roti tu..ranggup..macam-macam rasa ada...Sesiapa yang  nak merasa..haa bolelah mencunya..dan boleh menilainya sendiri....Ok sebelum tu Uj ingin mengucapkan terima kasih kepada dayang Jack kerana sudi berkongsi resepi...dan izinkan Uj kongsikan disini yer.....




Resepi: Butter Bread Pudding
Sumber : Dayang Jack dari blog Dapurku sayang.


bahan utk 4~ 5 org.

8 keping roti
2~ 3 biji pisang masak ranum( dihiris nipis)
mentega secukupnya
peanut butter secukupnya
coklate rise secukupnya
kismis secukupnya
sedikit parutan kulit sunkist ( optional)-UJ letak

Bahan A

2 cwn susu segar @ susu cair
1 sudu bsr gula kastor
3 biji telur ( Uj guna telur omega)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B

1/4 kecil serbuk kayu manis ( optional)-Uj letak
1/2 sudu bsr gula perang @ gula pasir ( UJ guna gula perang)



Cara:

1.    Bahan A.Pukul tekur dan gula hancur dgn menggunakan whisk.Addkan susu segar dan esen
       vanila.Kacau sebati.Ketepikan.
2.    Sapukan roti dgn mentega dan peanut butter.
3.    Potong roti kpd 4 bahagian  
4.    Sapukan mangkuk tahan panas dgn mentega.Susun roti dgn hirisan pisang berselang seli.
5.    Taburkan dgn coklat rise,parutan kulit oren dan kismisLapis lagi dgn kepigan roti dan pisang se
       hingga habis.



6.    Setelah itu tuangkan bhn A ( teur dan susu tadi) sehingga rata.taburkan coklat rise serta
       parutan kulit oren sunkist tadi.Kemudian diatasnya taburkan bhn B tadi ( gula perang@
       gula kastor dan serbuk kayu manis)



7.   Biarkan sebentar sehingga kesemua bhn serap.
8.   Sediakan loyang yg berisi air panas.Letakan mangkuk roti tadi ditengah2.( water bath)
9.   Bakar lebihkurang 35~ 40 minit dgn suhu 160 degree.Setelah masak bolehlah dihidangkan...
      Sedap dimakan ketika masih panas-panas lagi.


 " selamat mencuba"











No comments:

Post a Comment