mytasteindonesia.com

Thursday, 8 March 2012

CHOCLATE CAKE WITH PEANUT BUTTER FROSTING














Assalamualaikum...dah malam baru dpt mengN3kan resepi.Ekcely kek ni Uj buat petang tadi disebabkan kesibukan yg teramat sgt maka utk membuat coklat ganache nya tertangguh..dah malam baru dpt buat...fuhhh letihnya...sebelum kek ni habih kena makan Uj terpaksalah mengambil gambar kek ni terlebih dahulu..malam pun malam lah...janji dapt ambil gambar kek dan masukan kedalam blog utk dikongsikan bersama rakan-rakan.Pagi tadi Uj duk ronda didapur Azlita Aziz terpegun tguk kek Ita...berbunga hati ni nak membuatnya...tapi disebabkan ader peanut butter yg berbaki lagi  maka Uj jadikan peanut butter sebagai krimnya..Uj sapukan krimnya sedikit sahaja sebab Uj x berapa suka krim yg tebal..Tetapi jika sesiapa yg suka bolehlah dilebihkan krimnya ketika disapu diatas kek tu.Klu Ita menggunakan nuttela Uj gunakan peanut butter dan coklat ganache...basic keknya Uj gunakan resepi chef Alex Goh...dari blog Ita...Terima kasih Ita dan Chef Alex....izinkan Uj kongsikan resepi keknya disini....




Resepi : kek span coklat ( dari Chef Alex Goh)
Rujukan dari : buku masakan fruity cake
Hasil intaian dari : blog masam manis ( Azlita Aziz)


KEK SPAN COKLAT

Bhn A:

4 biji kuning telur
20 g gula kastor

Bhn B:

4 biji putih telur
100 g gula kastor

Bhn C:

95 g tepung * Uj guna tepung naik sendiri)
15 g serbuk koko *
sedikit garam* ( Uj tambah)
1/2 sudu teh perasa kopi ( Uj tambah)

# tepung ,garam dan serbuk koko diayak bersama

Bhn D:

70 g mentega cair ( Uj guna myk sayuran)
sedikit esen vanila

Cara:

1.   Pnskan oven.Uj guna loyang 6".
2.   Pukul bhn A sehingga ringan dan gebu ( Uj gunakan high speed dan adunan sperti adunan kuih bahulu)
3.   Pukul bhn B sehingga berbuih( meringue)
4.   Masukan bhn B kedlm A.kaub balikan
5.   Masukan tepung yg tlh diayak dgn serbuk koko kedlm aduan telur tadi.kaub balikan dan tambahkan
      sedikit perasa kopi serta esen vanila ( Uj tambah)
6.  Add myk@ mentega cair .kaub balikan biar sebati
7.  Tuang kedlm loyang dan bakar 20 minit @ sehingga kek masak
8.  Bila kek dah masak sejukan diatas redai.


Bhn krim peanut butter:

1 cwn gula aising
1 cen peanut butter ( creamy)
5 sudu bsr mentega
3/4 sudu teh esen vanila
1/3 cwn whipping cream

Cara:

1.  Pukul semua bhn sehingga kembang dan gebu

Bhn coklat ganache

150 ml whipping cream
350 g coklat masakan hitam
1 sudu besar mentega cair

Cara:

1.   Masak secara double boil.masak whipping cream sehingga berbuih ditepi periuk.addkan coklat
      dan mentega.kacau sehingga cair dan sebati.Kemudian tuangkan terus diatas kek.


Cara melapis kek:

1.   Potong kek kpd 3 bahagian
2.   lapisan pertama sapukan krim peanut butter diatas permukaan kek.ratakan
3.   Letakan lapisan kek yg kedua diatas kek yg tlh disapukan krim peanut butter tadi.Begitu jugalah
      dgn  lapisan kek yg ketiga.
4.  Setelah selasai melapis sapukan keseluruhan kek dgn krim peanut butter yg berbaki.ratakan.
5.  Sjukan didlm peti sejuk  lebihkurang  jam.
6.  Keluarkan kek.dan ratakan permukaan kek tadi dan tuangkan coklat ganche diatas kek..
7.  Bolelah dihias mengikut kreativiti masing2.




" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment