mytasteindonesia.com

Wednesday, 21 March 2012

NASI BERIANI AYAM GORENG BEREMPAH





Assalamualaikum...salam rabu dan salam sayang kepada semua rakan2 yg sudi singgah...hari ni Uj terrrajin sedikit...yelah sesekali selera ni nak berubah rasalah pulak..kalau hari-hari makan nasik putih jer..haaaa hari ni kita berberiani pulak...ada beraniiii.....Yelah sebut jer nasi beriani ader bermacam versi dan carnya.Ada yg masak nasi beriani x menggunakan rempah beriani..mereka tambah safron..( fuhhh mahal tu beb...)Tapi disebabkan Uj tiada berani nak membeli safron tu maka UJ guna kan  rempah beriani..faizah jer...Sesuwailah pulak dgn selera Uj ni..Nasi beriani ni ader bermacam-macam nama..ader Nasi Berian Dum..Nasi Beriani Gam...Beriani Hyderabad...Nasi Beriani Singapura...,Beriani Ayam Pakistan...,dan bermacam-macam lagi lah...Tapi kali ni Uj nak kongsikan nasi Beriani Dum....dimakan dgn ayam goreng berempah dan jelantah...kalau rajin sikit bolelah dibuat dalca sebagai menu sampingan..ok jom kita beresepi....




Bhn tumis:

1~ 2 btg kulit kayu manis
5 kuntum buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
3~ 4 biji bwg besar dipotong dadu @ dihiris


Bhnnya: A

1 kg beras basmati ( Uj guna beras monghul faiza basmati)
250g myk sapi
1.3 liter air
sedikit garam 100 gm badam @ gajus
sedikit daun pudina
sedikit daun ketumbar
250 ml susu cair

Bhn :B

4 bji tomato ( dibelah 4)
6 ulas beg putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)


Bhn: C

2 sudu bsr jus oren
2 sudu bsr rempah beriani ( UJ guna kan rempah beriani faizah)
2 sudu bsr serbuk cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
6 tangkai cili hijau dibelah dan dipotong 2
2 ulas kiub ayam@ lembu


Cara: ( cara Uj memula Uj tumis dlm periuk biasa pastu tukar kpd rice cooker)

1.   Pnskan periuk.Add myk sapi.

2.   Addkan bhn tumisan.Biar naik bau

3.   Setelah naik bau addkan bhn Bhn B.Kacau seketika sehingga  naik bau lagi.

4.   Setelah itu addkan Bhn C.Kacau rata.Addkan pula berasGaul sebati dan perlahan2.

5.   Addkan pula air, garam dan susu cair kacau rata.Alihkan periuk nasi keRice Cooker.Biarkan nasi
      masak
 6.  Bila nasi dah masak addkan daun pudina ,gajus dan daun ketumbar.Biarkan nasi masak dan kering
     dgn sendirinya.

7. Bila nasi dah masak dan kering kaub balikan nasi perlahan-lahan dan bole lah dihidangkan




Ayam goreng berempah:

1 ekor ayam
3 genggam ketumbar biji
2 genggam jintan manis
2 genggam jintan putih
10 ulas bwg putih
20 ulas bwg merah
3 biji bwg besar
3 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu bsr cili kering kisar ( bole diganti dgn serbuk cili kering)
6~7 tangkai daun kari
sedikit garam

Cara:

 1. Kisar kesemua bhn jgn terlalu hancur .Kemudian perapkan keatas ayam lebihkurang 1~2 jam.
 2. Kemudian bolelah digoreng ayam tadi beserta daun kari tadi...




Jelantah:

1 bji timun diambil bahagian luarnya
1 biji nenas  dihiris dadu
4 tangaki cili bsr dihiris
2 bji bwg besar dihiris
sedikit garam dan gula

Cara:

-Gaul kesemua bhn rata.Biarkan 15 minit agar semuanya mesra dan sebati.Kemudian boleh dihidangkan.


" selamat mencuba"




2 comments:

  1. as-salam UMIE JAZZ
    wah sedapnya ayam goreng berempah tu..npk mabeles..:)

    ReplyDelete
  2. Salam Ady..tqvm..ayam goreng berempah klu diratah pns2 sedap...x hingat donia...hehe..=)

    ReplyDelete