mytasteindonesia.com

Thursday, 8 March 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERPETAI





Assalamualaikum.....bercakap tentang petai..penggemar petai mesti sukakan.Petai ni ada bermacam cara utk memasaknya...Ianya bole dibuat gulai,sambal, atau dimakan begitu aja pun sedap.Dulu satu papan petai tu baru lima posen kalau satu ikat tu adalah dalam  lima papan baru dua hinggit setengah jer..Tapi sekarang nk beli petai bole beli ikan setengah kilo...Kalau ditanya pada penjual petai" Dikk ..nape petai ni mahal sgt..dik."...balas si penjual petai pulak.."Kak nak amik petai ni susah kak...bahaya kena panjat pokoknya..pastu pokoknya tinggi pulak tu...kerja panjat pokok petai ni x der insuran kak.." haa camtu jawabnya...So pada pemanjat petai amiklah insuran demi keselamatan diri sendiri hehe....ok jom kita roll resepi sambal petai versi Uj.....







bhnnya:

3 papan petai diambil isinya
1 mangkuk kecil ikan bilis
1/2 cwn cili kering kisar*
sedikit belacan*
1/4 cwn santan pekat
2 biji bwg besar dihiris bulat
sedikit garam,gula  serta perasa ( optional)
sedikit myk utk menumis
sedikit air asam jawa

bhn bertanda * kisar bersama.


cara:

1.   Pnskan myk tumis ikan bilis sehingga garing.Angkat ketepikan.
2.   Dgn myk yg berbaki addkan cili kering.Masak sehingga cili kering pecah myk.
3.   Bila cili kering dah masak addkan petai , air asam jawa dan santan kacau rata.
4.   Kemudian addkan ikan bilis.Perasakan dgn garam,gula serta perasa.Gaul rata
5.   Akhir sekali addkan bwg besar hiris..gaul dan angkat.




" selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment