mytasteindonesia.com

Monday, 16 April 2012

APAM POLKADOT MEMANG COMEL





Assalamualaikum...salam isnin dan selamat berpuasa sunat isnin kepada rakan2 Uj yang berpuasa sunat isnin hari ni.Puas jugak termenung nak memikirkan apakah juadah hidangan minum petang untuk hari ni...Tiba-tiba fikiran ni terbayangkan apam polka dot yang comel-comel serta yg berwane-wani tu....Secara kebetulan blueberry filling masih ader lagi tersimpan didalam esbok tu maka..klu x digunakan nnti takut pulak habis tarikh luputnya...maka hari ni Uj mengedot pulak...dot-dot.....bila dah siap inilah hasilnya..nak di lady birdkan coraknya...malaslah pulak,,cantik jugak klu di angry birdkan..mmglah cantik tapi...lagilah malas..so kerana dek kemalasan yg teramat sgt maka didotkan ajerlah coraknya.....Apam polka dot ni pun dah ramai yg membuatnya...dan bagi yg kaki kreatif tu bermacam-macam corak yg dililhamkan diatas permukaan apam tu..eeeee  geramkan semua comel-comel....ok jom ke resepi..sesiapa yg belum mencuba ape tunggu lagi ..jom roll resepi..dan rasa akan kesedapannya...ermmmmm




Resepi asal dari : Myresepi

Bhn

3 biji telur dari peti sejuk
275 g tepung gandum
220 g gula halus
150 ml susu segar @ cair ( UJ guna susu cair)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil esen vanila ( uj guna perasa pandan dan stawberry)
filling blueberry @ strawberry ( Uj guna filling blueberry)
11/2 sudu kecil jus oren sunquick ( Uj tambah)
cawan kek

Cara:

1.     Pukul telur ,gula dan ovellete dgn kelajuan yg tinggi (maksima) sehingga gebu dan putih serta likat
2.     Ayak tepung dan baking powder addkan kedlm adunan telur tadi berselang seli dgn susu cair.
3.     Gaul rata @ pukul rata sehingga sebati.Addkan juga jus oren sunquick tadi.gaul rata lagi.
4.     Bila adunan dah rata dan sebati bahagikan adunan kpd beberapa bahagian.Letakan pewarna
        dan perasa yg disukai kedlm aduanan.gaul rata.masukan adunan kedlm piping beg.
5.     Picitkan adunan kedlm cawan kertas 1/2 bahagian.Addkan filling.Kemudian addkan adunan lagi
        sehingga 3/4 bahagian cawan.
6.     Ambil sedikit dari adunan tadi dgn warna corak yg berlainan , dot-dokan  dgn manggunakan piping
        diatas permukaan apam tadi.Bolehlah menghias dgn imaginasi sendiri.
7.     Panaskan kukusan dan kukuslah dgn api yg kecil selama 10~15 minit ( Api jgn terlalu besar
        nnti apamnya akan merekah)Tutup penutup kukusan dgn menggunakan tuala agar titisan air tidak
        menitis diatas permukaan apam.












" selamat mencuba"


2 comments:

  1. as-salam
    cantik dan comel apam tu..npk gebu sekali..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Ady...tkasih..k.umie sukakan kecomelannya Ady..tapi permukaannya ader lubang2 sikitkan...k.umie pun x kreatif sgt Ady..maklumlah org kerastangn..didot-dotkan ajerlah.....klu Ady buat lagi cantik ni...k.umie masih lagi terpukau dgn corak batik kek arora Ady..kalernya cantik dan menawan sekali...=)

    ReplyDelete