mytasteindonesia.com

Wednesday, 30 May 2012

APAM GULA HANGUS





Assalamualaikum....salam rabu..dan salam sayang buat semua teman UJ..Pekabar semua...diharap semua rakan-rakan yang Uj sayangi berada didalam keberkatan Allah serta sentiasa gembira disamping keluarga tersayang yer...Ok ari ni Uj nak kongsikan satu resepi yang memang menjadi peberet Uj dari kecik lagi iaitu apam gula hangus...bukan semasa kecik jer Uj suka akan apam gula hangus ni..dah nak senja ni pun masih  lagi menyukainya...Aroma gula hangusnya yang terkandung didalam apam ni serta kesedapannya memang betul-betul membuatkan Uj teruja...ditambah lagi dengan kelembutan dan kegebuan struktur apamnya...Terima kasih kepada rakan fb Uj iaitu Puan Zuriana abd Latif diatas resepi ini...dan izinkan kongsikan resepinya disini yer...Zuri....memang tip top resepi  apam Zuri ni....nak membuatnya pun senang jer semua bahan dikisar menggunakan blender... x  cayer..cer cube..kalau dah cube sekali mesti nak cube kali ke 2..jom intai resepi....yokkkk.....


      Ermmm gebukan......




Resepi : Apam gula hangus
resepi dari : Puan Zuriana Abd Latif ( rakan Fb)

Bahannya:

2 biji telur ( Uj guna telur omega dibuang tapi pusatnya)
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1/2 cwn minyak
2 sudu Bsr margerine
2 sudu Bsr susu pekat
11/2 cwn tepung gandum
1 susu teh ( kfc) soda bikarbonat
sedikit esen vanila ( Uj tambah)

*  tepung dan soda bikarbonat diayak bersama ketepikan.

Cara:

1.     Masak gula pasir tanpa air sehingga keperang-perangan.Kacau sehingga sebati
2.     Bila  gula dah larut dan berwarna perang tutup api sebentar.Add 1 cwn air .Buka api kembali kacau 
        gula sehingga larut.( hati-hati semasa addkan air akan ader sidikit percikan gula)
3.     Blend telur,minyak,susu dam margerine sehingga sebati dan telur menjadi kembang ( lebih kurang
        3 minit)
4.     Add gula yg telah dihanguskan tadi.Kisar rata lagi sehingga sebati.
5.     Bila semua bahan dah sebati addkan tepung yg tlh diayak bersama soda bikarbonat tadi ke dlm
        blender kisar lagi sehingga sebati.
6.     Panaskan kukusan dan addkan bhn kisar kedlm loyang yg tlh disapukan dgn sedikit mentega.
7.     Kukus selama 40~ 45 minit @ sehingga masak( bila dicucuk dgn lidi ..lidi x basah)


* Bole juga diletakan didlm acuan lompang dan alaskan dgn cwn kertas....






    YUm...yummm...




  Terserlah kegebuannya....




" selamat mencuba"



No comments:

Post a Comment