mytasteindonesia.com

Wednesday, 9 May 2012

LEMAK-LEMAK MANIS SIPUDING KEREMEL














Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam sayang Uj ucapkan kpd rakan-rakan yang di sayangi....Saper x suka puding...???..tentu ramai yang suka kan..Puding ni selalunya dijadikan sebagai pencuci mulut..
Rasa puding yang lemak-lemak manis ni ditambah lagi dgn berbagai-bagai perisa dan rasa..ermmm tentulah sedapkan..Dah lama jugak UJ x memuding..terlintas dihati ni nak makan puding..klu bole nak puding yang simple dimpel jer...Maklumlah  xder masa nak menggodek puding yang banyak bahan maka..jawapan yang paling tepat untuk puding yang simple ialah puding keremel.Puding keremel asasnya telur..Tulah Uj kalau membuat puding keremel niUJ terlalu berhati-hati..takut kalau tersilap bancuh bahannya tentulah terasa kuat bau telurnya.Sebut  jer  tentang bab telur ni..hidung Uj yang separuh x mancung dan kembang kempis ni memang peka dan sensetip sikit  akan baunya...faham-afaham ajelah kan usia pun dah menginjak kesenja..usia .tekak ni sama pulak lah dengan usia Uj ni makin tua makin banyak pulak ragamnya....hehehe sebab itulah Uj kalau membuat puding keremel ni suka buat olahan sendiri semata-mata utk menghilangkan bau telur yang terlalu kuat...kalau x taruk telur bukan puding keremel namaya heheh.Ok sesiapa yang hendak mencuba puding keremel versi Uj jom roll bahan.....






Bhnnya utk puding : ( bahan A)

5 biji telur ( buang tali pusat dan Uj guna telur omega)
200 g susu pekat
200 g susu cair
250 g air
2 sudu Bsr tepung kastard
1/2 sudu Bsr jus oren sunquick
1 sudu Bsr esen vanila
secubit @ 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Utk membuat keremelnya:( bahan B)

5 sudu Bsr air
5 sudu Bsr gula



Cara:

1.   Panaskan air dlm kukusan sehingga mendidih.
2.   Dalam loyang satukan bhn keremel.masak atas api yg  kecil.Biar gula menjadi
      keperang-perangan.Tutup api dan ketepikan.
3.   Satukan bahan puding ( bhn A) didalam alat pengisar dan kisar sebati.Jangan terlalu lama
      cukup hanya sebati sahaja.
4.   Bila bhn dah sebati tapis dan masukan kedlm loyang yang berisi keremel tadi.
5.   Kukus sehingga masak lebih kurang 25 ke 30 minit.
6.   Sejukan dahulu sebelum diterbalikan kedlm pinggan....






" selamat mencuba"

4 comments:

  1. assalam
    sedapnye...lama tak wat karemel

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam sara..yelah UJ pun dah lama x buat puding ni..bila terfikirkan rasa puding keremel yang lemak-lemak manis ni tulah tiba-tiba bersemangat nak membuat puding ni sara.....=)

    ReplyDelete
  3. umie, asssalam..nak tanya, mcmana umie kuarkan chilled ciskek tu cantik & licin je tepi2 dia? any tips? thanks umie.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Siti selalunya umie kalau buat chilled cheese cake umie suka menggunakan loyang ring..iaitu loyang yang boleh dibuka tengahnya..atau dgn kata lain seperti loyang yang org selalu buat kuih tart tu....atau bole juga menggunakan aluminium foil letak dlam loyang..bila nak keluarkan kek angkat aluminium foil tu..dan dgn menggunakan pisau yang direndam dlm air panas licinkan tepi kek tu perlahan-lahan...itulah tips umie =)

    ReplyDelete