mytasteindonesia.com

Wednesday, 16 May 2012

SAMBAL TERUNG UDANG KERING





Assalamualaikum...dan salam sayang kpd semua rakan-rakan yg UJ kasihi.Selamat berpuasa juga Uj ucapkan kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat khamis hari ni...Hari ni.... Uj masak menu yang paling simple..sambal terung udang kering.Dulu pernah gak Uj gi reronda kt dapur Kjee..Kjee masak sambal terung gak dgn menggunakan udang kering..Tapi versi Kjee ..Kjee goreng dulu udang keringnya..Cik mat pun ader versi sambal terung Cik mat sendiri..Cik mat pulak digoreng terungnya dulu..Dua-dua cara pun sedap...janji sambal terungkan..tapi kali ni versi UJ versi orang malas..UJ leburkan semua bahannya...goreng-goreng...... pastu siap.Makan pulak nasi panas-panas..goreng pulak ikan masin..Dua lauk pun dah mencukupi..Maklumlah hari ni angin ribut malas dah melanda.....Jommm santapp....



Bhn:

2 biji terung panjang yg sederhana besar
1/4 cwn cili api *
2 sudu bsr udang kering ( dibasuh dan ditoskan)*
1 biji bwg besar*
1 ulas bwg putih*
secubit belacan*
garam dan perasa( optional)
sedikit air
sedikit myk




Cara:

1.     Potong terung dan rendamkan kedlm air yang ditambah sedikit garam
2.     Kisar bahan yang bertanda * separuh hancur ( jgn hancur sgt nnti x sedap)
3.     Panaskan kuali add myk.Goreng bhn kisar sehingga naik bau.
4.     Bila dah naik bau addkan terung.kacau rata dan addkan sedikit air.
5.     Biarkan terung empuk. Bila terung dah empuk addkan garam dan perasa ( optional)
6.     Kacau rata dan tutup api.Hidangkan panas-panas.....












     Lepas goreng terung hidang..masukan nasi panas kedalam pinggan..pastu capai ikan masin goreng
     lagi sedap ikan masin tenggiri yang jeruk tu...yumyummm....




" selamat menjamu selera...."

No comments:

Post a Comment