Friday, 8 June 2012

KEK CAWAN COKLAT CHIPS





Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam hujung minggu kepada semua rakan-rakan  yang sudi singgah ke blog UJ...kali ni Uj nak kongsikan satu resepi kek cawan yang comel buat rakan-rakan semua..Sumber resepi  dari chef Nor Aini Adnan dari bukunya yang bertajuk variasi cupcakes iaitu kek cawan coklat chips...resepi ni sangat sesuailah kepada kanak-kanak kerana ada kandungan coklat chips didalamnya..ditambah pula dgn sedikit rasa coklat...memang kanak -kanak teruja... ada coklat chips.x cayer ke cer cube buat....











Resepi : kek cawan coklat chips
Sumber resepi: Chef Nor Aini Adnan ( dari buku variasi cupcakes)

Bahan:

250 g mentega
250 g tepung berserbuk penaik
200 g gula kastor
50 g coklat chips
60 ml susu coklat
5 bj telur
1 sudu kecil pes coklat
1 sudu teh esen vanila

Cara:

1.    Pukul mentega,margerine dan gula sehingga kembang dan gebu
2.    Add telur satu persatu pukul rata.Add esen vanila.dan pes coklat.Pukul rata.
3.    Addkan tepung berselang seli dgn susu.Kaub balikan
4.    Addkan coklat chip dan kacau rata
5.    Panaskan oven dgn suhu 180 degree.
6     Masukan adunan ke dalam cawan kertas.Bakar selama 15-20 minit sehingga kekuningan...
7.    Bila dah masak sejukan terlebih dahulu dan barulah dihias mengikut kreativiti masing-masing.




Bahan krim mentega:

125 g mentega
125 g krimwell
80 g gula kastor
1 sudu Bsr susu sejat
1 sudu teh esen vanila

Cara:

1.    Pukul mentega dan krimwell sehingga putih.
2.    add gula dan pukul lagi sehingga gula larut dan sebati
3.    Addkan esen vanila dan susu sejat pukul sebati dan rata.
4.    boleh diletakan warna kesukaan.Kacau rata
5.    Bolehlah  dihias atas kek






" Selamat mencuba"


No comments:

Post a Comment