mytasteindonesia.com

Wednesday, 13 June 2012

KETAM GORENG MASAM MANIS





Assalamualaikum...salam rabu dan salam sayang kepada semua rakan-rakan  yang Uj kasihi..nak crite sikit yer..Malam tadi UJ gilah pasar malam..nak carik lauk sikit utk stok seminggu sebabnya malaslah nak berulang alik ke kedai tiap-tiap hari..Maka gi je pasar malam pastu cari lauk utk seminggu punya stok..adalah  Uj pilih  tiga ..empat jenis  ikan dan sayur...Kalau beli kat pasar malam harganya murahlah sedikit  berbanding beli dikedai.Tenguk punya tenguk terpandanglah siketam...alahai besar-besar pulak ketam ni.Maklumlah bulan penuh..Kalau bulan penuh..kata orang isinya banyak..ye ke ..X tau pulak UJ ..Begitu jugak lah kiraan ahli falaq. Yang pasti ketam tu memang besau-besau..geram UJ tengukkan...maka Uj pun tangkaplah 4 ekor ketam..yg besau-besau kiranya nak dibuat kari 2 ekor dan selebihnya digoreng masam manis jer.. sambil tu kira-kira jugaklah badget hehe takut terlebih badget pulak.....cukuplah tu..sekadar nak lepaskan gian ..dah lama jugak x makan ketam...Maka ari ni Uj nak goreng 2 ekor ketam utk masam manis...jom kita intai...yok....












Bahan:


2 ekor ketam ( ketam yag kakinya biru tu)di bersihkan dan dibelah 2)
3 sudu bsr cili sos ( Uj guna jenama life)
1/4 cwn cili kering dikisar
2 sudu bsr sos tiram
2 bj bwg besr dihiris
sedikit air
5 helai daun limau purut
sedikit myk
sedikit kunyit serbuk
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit gula
perasa ( optional)


Bhn hiris:

1 ini halia
3 ulas bwg putih

Cara:

1.  Gaul ketam yg tlh dibersihkan dgn sedikit garam,serbuk kunyit serta serbuk lada hitam..ketepikan.
2.  Pnskan myk.Goreng ketam setengah masak.ketepikan.
3.  Dgn myk yg berbaki addkan bhn hiris.Goreng sehingga naik bau.
4.  Addkan cili kering.Biar cili masak.Bila cili dah masak addkan sos tiram daun limau purut serta sos cili.
     Gaul rata.addkan juga sedikit air,garam gula serta sedikit perasa..Addkan ketam yg tlh digoreng tadi.gaul
      rata.
5.  Biar sos mereneh dan memekat dan meyelaputi ketam tadi.Addkan bwg besar.Biar bwg sedikit layu dan
     bolehlah diangkat.











 "Selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment