mytasteindonesia.com

Friday, 20 July 2012

RENDANG PEDAS HIJAU EMPAT SERANGKAI








Assalamualaikum....salam sayang buat semua teman2 yg Uj kasihi...Salam penghujung sya'ban dan salam ramadhan buat semua...Sebelum bulan sya'aban melabuhkan tirainya dan bulan ramadhan pula menjelang tiba disini ingin Uj kongikan satu resepi  iaitu rendang pedas hijau empat serangkai...lebih sedap kalau dimakan bersama ketupat...haaa..ketupat???  dah raya ke???  ehhh belum raya lagi lah... cuma meriahnya nak menyambut ramadhan  .seronoknya nak menyambut ramadhan...dan bila bulan ramadhan nnti rasanya mungkin  dapur Uj ni bersawang kot sebabnya mungkin juga jarang nak diintai-intai yelah....banyak aktiviti sampingan yg lain sedia menanti..dan mungkin jarang juga nak mengN3kan resepi yelah mana nak manjahit pakaian raya lagi..mana nak masak utk berbuka pose lagi..." fuhhh"...malamnya tentu lagi sibuk kan...Ok lah  x mo borak pjg2 sebabnya bizi sesgt.....terus ke resepi jerlah yer...







Bahannya:

Bhn A:



1/2 kilo daging btg pinang
1/2 kilo limpa lembu
1/2 kilo paru lembu
1/2 kilo hati lembu
1 biji bwg bsr*
10 ulas bwg kecil*
7 ulas bwg putih*
3 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
1 cwn cili api* ( ikut tahap kepedasan )
7 btg serai *
1 sudu bsr rempah kari
santan dari 2 biji kelapa
garam dan perasa
myk utk menumis
5 btg serai dihiris dan diramas2 sedikit
1/2 sudu bsr serbuk lada hitam

Bhn B:

1/4 cwn jintan manis#
1/4 cwn jintan putih#
1/4 cwn ketumbar#


Cara:

1. Potong daging ,paru,hati dan limpa basuh bersih dan toskn airnya
2. Goreng bhn B tanpa myk sehingga naik bau dan kisar kering.ketepikan.
3. Kisar bhn bertanda *.ketepikan
4. Pnskn myk add bhn kisar* sera rempah kari sehingga naik bau.add bhn B.kacau
5. Addkn daging kacau biar daging empuk.( klu x empuk bole add air sedikit)
6  Bila daging dh agak2 empuk add kan santan.kacau selalu supaya x hangus
7. Biar santan memekat dgn api yg perlahan.kacau selalu
8. Bila rendang dh memekat addkn garam perasa(optional),serai yg tlh dihiris
    serta serbuk lada hitam kacau rata.angkat
9. Sedia utk dihidangkn...mkn dgn nasi pns....
















 " selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment