mytasteindonesia.com

Wednesday, 15 August 2012

CHILLED BLUEBERRY CHESSE CAKE




Assalamualaikum...terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengintai-intai didapur Uj ni..Resepi Uj kali ni bukannya biskut raya yer....UJ dah stop buat kuih raya...sekarang ni Uj sibuk pulak iftar dirumah adik beradik dan sedara mara..maklumlah mereka mempelawa kita berbuka pose dirumah mereka..maka berbesar hatilah Uj menerima pelawaan mereka tu..dah 3 hari dapur Uj x berasap...maknanya dengan kata lain makan freelah.....tulah kalau dah dijemput tu haaa.... pandai-pandailah bawa pemanis  mulut sebagai buah tangan ...x kan lah nak berlenggang kangkung jerkan....kalau bawa sesuatu tu sejukkklah  hati tuan rumah...walaupun tuan rumah x meminta tetapi sebagai tetamu pandai-pandailahkan....kali Ni pemanis mulut yang Uj bawa bertandang  ialah chilled blueberry cheesecake..Ceeeee.....Wahhhh .....cam orang putih pulakkan bawak cheesecake segala gi ke rumah orang.Bukannya apa sekadar nak menghabiskan stok cheese yang masih ader didalam simpanan..sayang kalau caheesecake tu dah"menapous"...Selalunya..kalau sebut jer cheesecake..inilah resepi yang seringkali Uj gunakan..sebabnya..memang sesuwaii lah dgn citarasa Uj....buatnya pun mudah jer..semua main putar jer dlm whisker pastu simpan dalam esbok..dah beku barulah dipotong..tapi biasalah kan...makan chessecake x lah seperti makan kuih talam yang kita bole dok hadap seloyang ..makannya kenalah sepotong-sepotong sebabanya..cheesecake ni " creamyyyy" sesgt.Bagi pemggemar cheese sukalah kot...Oklah bagi sesiapa yang nak mencuba...bole lerr nerai test...kot-kot nak rasa....tapi cheesecake yang ni Uj x dapatlah nak memotongnya sebabnya kek ni nak dibawa kerumah orang ...apakata...jamu mata jerlah yer.....





Resepi: Chilled Blueberry cheesecake
Adaptasi dari resepi: Sasharahmat ( maaf Cha Uj ader tokok tambah sikit resepi cha ni berdasarkan bhn yg Uj ade)


Bahan:

Utk base:

120 g biskut marie dihancurkan
3 sudu bsr metega

Cara:

Hancurkan biskut gaulkan dgn mentega sehingga bole dikepal.Tekan dalam loyang lose ring dan simpan
dalam peti sejuk selama15 ~ 20 minit atau bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu
pun bole gak suhunya dlm 160 degree selama10~12 minit)


Bahan utk filling:

250 g krim cheese ( lagi sedap guna philly)
200 g susu pekat
2  sudu teh serbuk gelatin halal dicampur dgn 1/4 cwn air mendidih( biar gelatin tu larut)
2~3 bj jus limau kasturi ( ikut tahap kemasaman yg dikehendaki bole kurangkan klu x suka masam sgt)
sedikit blueberry fruits filling utk topping.

Cara:

1.      Putar krim cheese lembut.Addkan susu pekat dan larutan gelatin.Pukul lagi sehingga sebati.
2.      Addkan jus limau kasturi dan pukul rata.
3.      Tuangkan kedalam loyang kiskut tadi separuh dari adunan cheese .Addkan sedikit blueberry fruit
         kedalam aduanan tadi.
4.      Tuangkan sebahagian lagi aduanan cheese cream tadi dan ratakan permukaannya.
5.      Tuangkan lagi  blueberry fruitfilling meliputi permukaan cream cheese tadi.
6.       Simpan didalam peti sejuk sehingga beku.




                               meleleh-leleh toppingnya....yumyum...


 " Selamat mencuba"




No comments:

Post a Comment