mytasteindonesia.com

Tuesday, 7 August 2012

SEMPERIT BUNGA RESEPI EMAK LAGI...





Assalamualaikum....sebut jer bangkit semperit semua orang terbayang rupa kuih yang sepanjang  2 inci dan bergerigi di atas permukaan kuih tu...memang itulah selalunya acuan kuih semperit nikan...tapi kali ni Uj nak buat kelainan sedikit..resepinya adalah resepi semperit tapi terapnya Uj guna terap yang berbentuk bunga..sebabnya...Uj x kuasa nak menekan acuan semperit tu...maklumlah umur dah senja ni jentera pun dah nak berkarat..x larat nak tekan terap semperit yang memanjang tu...  jadi Uj gunakan: "klik..klik...klik" ha kuar bentuk "munga"pastu letakan essosori kt tengah-tengahnya...yang penting resepinya adalah resepi semperit..
Kuih semperit ni pun adalah dari resepi orang  dulu-dulu dari nenk moyang yang asalnya x dapat dicari tapi disimpan kemas oleh mak Uj..yelah oreng dulu-dulu memang suka simpan resepi..mana jer resepi yang sedap..semuanya ditulisdan disimpan  kedalam buku..Bukunya pun dah nak naik reput dah sekarang ni...kalau nak menyelak pun kena selak perlahan-lahan kalau tidak nanti akan tertanggallah helaiannya....maka si emak pun mula lah bising suruh salah seorang dari kami adik beradik menyalin resepi ni kedalam buku yang baru...tapi masalahnya pulak bila dah ditulis kedalam buku yang baru  maka diperapkan pulak oleh orang yang menulisnya dengan itu..tiap kali nak raya maka kami pun akan menaliponlah setiap orang  dari kami utk bertanyakan resepi ni siapa yang memerapkannya..kalau ingat x perlah jugak kalau dah 7 orang adik beradik tak ke haru nak menaliponnya...hai macam-macam hal.....kalau dah ramai-ramai tukan.....




Kuih semperit juga adalah salah satu biskut raya kegemaran Uj..dan " mesti buat" disetiap kali menjelang hari raya.Setiap itu juga  inilah resepi yang Uj gunakan..memang dah sinonim dah dgn citarasa Uj .
kalau masa kecik-kecik dulu kuih ni kami buat dimalam raya..sebabnya..kalau dibuat awal alamat tinggal bekas...Selalunya kami buat lepas takbir raya...bila dah sah jer raya jatuh pada kesokan harinya..maka kami pun dah standby bahan-bahannya.cuma .tunggu mak balik dari masjid jer.bila emak dah balik kami terus jer buat....dan apalagi kami adik beradikpun berebut-rebut nak cuba menerap.dan  bagi pulak ke bahagian memotong ..pastu anta pulak kepada bahagian membakar..Bahagian ni lah bahagian yang paling kami boring sekali semuanya nak mengelak sebabnya.mesti kena marah kalau kuih tu x dibakar dgn sempurna..Mak memang seorang yang amat teliti kerjanya.berjelalah leter mak kalau kuih tu terlebih bakar.......dulu kalau bakar kuih raya ni guna oben  cap kupu-kupu tu jer.Tenggekkan oben tu atas  dapur minyak tanah ha tunggulah oben tu panas barulah dimasukan kuih yang nak dibakar tadi...ok panjangnya celoteh Uj ni..bukan apa...bila teringat jer kuih raya ni macam-macam nostalgia yang timbul.Oklah  stop dulu...jom kita intai-intai resepi bagi sesiapa yang nak cuba membuatnya....


Resepi: Bangkit semperit
Sumber : Umiejazz( resepi turun temurun keluarga  dari mak Uj)


Bahannya:

1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung kastad
1 cwn gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
mentega @ planta secukupnya( anggaran lebihkurang3/4 cwn bole tambah jika perlu)

* Kuantiti mentega tu ikut kelembutan doh..sehingga doh tu boleh diterap dgn acuan..kalau aduanan tu masih  susah utk diterap boleh tambah mentega lagi)
  


Cara:

-Satukan kesemua bahan dan sebatikan sehingga menjadi doh yang lembut dan bole diterap dgn
  menggunakan acuan semperit.JANGAN uli doh terlalu lama memadai sebati sahaja dah bole
  diterap
- Dengan menggunakan acuan masukan doh kedlama acuan dan terap sehingga menjadi bunga.
- Bakar dgn oven yang dipanaskan terlebih dahulu dhn suhu 150 degree.Bakar selama 20 minit
   atau sehingga kekuningan.






    Selepas dibakar.....






    Menunggu masa utk diletakan kedalam bekas.....yumyum....



" happy baking...."


No comments:

Post a Comment