mytasteindonesia.com

Thursday, 2 August 2012

UDANG GORENG RANGUP


Asalamualaikum..salam ramadhan dan salam sayang buat semua teman-teman...Alhamdulillah dengan izin Allah serta diatas kesempatanNya  ini dapat lagi kita bersua dialam maya ni..maaflah yer dah lama Uj tinggalkan dapur Uj ni kerana sibuk membuat persiapan raya yang lain...arini  barulah ada kelapangan sedikit untuk Uj menjenguk dapur Uj ni...puas jugaklah menyapu sawang-sawang  yang ada dan mengibas-ngibas segala habuk dan debu..almaklum ajelah kan sebab lama ditinggalkan....oklah kita tinggalkan kisah habuk dan debu ni yer..pekabar semua???...sihat ker..?? Uj harap semuanya sihat-sihat yer..kali ni Uj nak kongsikan satu resepi kalau difikir-fikirkan sesuwai jugalah utk...dibuat berbuka puasa sebabnya ..bila dihidangkan panas-panas terus licin...tangan orang ni capai pastu tangan orang ni capai pulak...tetiba nampak piring jer....dicicah pulak dgn sos cili thai.."ermmmm" sehingga menjilat jari ...iaitu udang goreng rangup..." kruk..kruk..." bila dimakan...ok  jom tenguk resepi....bagi sesipa yg nak mencuba.....





Bahannya:
500 g udang sederhana besar
11/2 cwn serbuk roti
1 biji telur dipukul sedikit
11/2 cwn tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit serbuk oregano( optional)

Cara:

1.   Udang dibersihkan dan diperap dgn garam,serbuk lada hitam dan serbuk oregano.Ketepikan.
2.   Masukan udang kedalam tepung gandum.Gaul serata
3.   Selepas itu celupkan pula kedalam telur yng telah dipukul sedikit.Celup serata
4.   Selepas itu masukan pula kedalam serbuk roti.Gaul serata sehingga meliputi keseluruhan udang.
5.   Goreng dgn myk yang panas dan agak banyak sehingga kuning keemasan.
6.   Sedap dimakan bersama sos cili thai..

" Selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment