mytasteindonesia.com

Saturday, 22 September 2012

PUDING MARBLE















Assalamualaikum...salam sejahtera dan salam sayang buat semua teman-teman yg sudi mengintai-intai di dapur Uj yang x seberapa ni...Wahhh..dah lama gak Uj x menjenguk kedapur Uj ni...yelah disebabkan kesibukan waktu yang teramat sangat  maka terpaksalah Uj utamakan tugas-tugas harian terlebih dahulu...Ok kali ni Uj nak kongsikan satu resepi puding yang mana ramai yang dah cuba membuatnya...jenguk didapur kawan-kawan pun ramai yang dah mencubanya...Resepi puding Uj kali ni  resepi dari kakak chef masakan kita yang terkenal tu....sape lagi kalau bukan kak chef hanieliza. rujukan dari buku masakannya iaitu..." senangnya memasak puding dan desert".Macam-macam resepi puding ader ditulis didalam buku beliau ni..Kpd rakan-rakan yang ingin mencuba  resepi2  puding k.Liza ni bolelah  pergi kekedai-kedai buku yang berhampiran ..rugi tau bagi sesiapa yang x mendapatkannya... ( wahhh siap promot lagi heheh )Uj suka resepi kak liza ni sebab pudingnya tiada menggunakan telur....sedap.....lembut jer....Ok..bagi sesiapa yang nak mencuba jom intai resepi....Izinkan yer kak Liza UJ sertakan resepinya.....




Resepi:  Puding marble
Resepi asal dari : Chef hanieliza
rujukan dari buku : Senangnya memasak puding dan desert.
Harga buku :Sem Malaysia $5.50
                    sabah/ sarawak $6.50


Bahannnya:

10 g serbuk agar-agar ( 1 paket)
4 cwn air
20cwn gula halus ( Uj guna guna 13/4 cwn)
1 tin susu cair ( 400 g)
1 cwn tepung kastard
1 sdu mkn serbuk koko
1 sdu mkn air suam ( dibancuh bersama serbuk koko)
1/2 sudu teh garam ( Uj tambah utk menaikan rasa lemaknya puding tulagi)

Cara membuatnya:

1.     Masukan serbuk agar2.gula dan air kedlm periuk.Masak sehingga mendidih.
2.     Bancuh susu cair dan tepung kastard.kemudian tapis.
3.     Masukan bancuhan kastard kedlm agar2 dan kacau sehingga pekat.
4.     Asingkan sebahagian adunan dan masukan bancuhan serbuk koko kedlm satu bahagian.
5.     Masak sehingga pekat.
6.     Sendukan adunan coklat kedlm acuan.Selang selikan seperti marble...











" Selamat mencuba"....


No comments:

Post a Comment