Thursday, 4 October 2012

AYAM MASAK ROS VS NASI HUJAN PANAS












Ayam masak ros...sedap dimakan bersama nasi hujan panas...Itulah gandingan yang selalu Uj buat.Ayam masak ros ni pun lain orang lain caranya...Ada jugak yang suka buat ayam masak merah..untuk digandingkan bersama nasi ni.Bagi Uj apa-apa pun bole..... janji menyelerakan betul takkk???......Bagi Uj kalau Uj buat ayam masak ros ni Uj suka lebihkan serainya..ermmm wangi jer bau serai...Ok sesiapa yang nak mencuba ayam masak ros versi Uj...bolehlah mencubanya....





Bahan:

1 ekor ayam potong 12
7 ulas bwg kecil*
6 ulas bwg putih*
2 inci halia*
3 biji buah keras#
segenggam cili kering#
4~5 biji cili besar#
sedikit kunyit
sedikit garam
sedikit gula
3/4 tin tomato puree
1/4 cwn sos cili
1 sudu bsr serbuk rempah kari babas ayam
2 sudu bsr sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
2 biji bwg besar dihiris
minyak utk menggoreng
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 btg serai diketuk
11/2 tin susu cair

Cara:

1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Pnskn myk goreng ayam 1/2 masak.angkat.
3. Kisar bhn bertanda*.Jangan terlalu hancur.
4. Addkn bhn kisar dlm kuali bersama bunga lawang,kulit kayu manis,
    buah pelaga serta serai.kacau rata sehingga naik bau.
5. Bila dh naik bau addkn bhn bertanda #.kacau sehingga cili benar-benar masak
6. Bila cili dah masak addkn tomato puree,serbuk kari,cili sos,sos tiram
    dan kicap manis.gaul rata.Addkan ayam goreng tadi.gaul rata.
7. Bila dah rata addkn susu cair.biar kuah memekat.
8. Bila dh memekat bolelah ditambah garam dan gula.kacau rata
8  Akhir  sekali addkn bwg besar..kacau sebentar .gaul rata.angkat
9. Sedia utk dihidangkn.








     Silakan makan.......







" Selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment