mytasteindonesia.com

Saturday, 20 October 2012

KEK SPAN COKLAT








Assalamualaikum..salam sejahtera wat semua teman-teman.Hari ni Uj nak kongsikan satu resepi kek span coklat.Memang mableslah kek ni..sedap dan gebu..resepi kek span ni Uj intai  kalau x silap Uj dari Zethy 305f@ My Resepi.com.Maafkan Uj yer kalau tersilap taip nama yang punya resepi ni..Kadang-kadang terlalu nak cepat sangat ejaan nama pun tersalah pandang..Apa-apa pun diharap betul nama yang Uj taipkan ni dan terima kasih kepada yang empunya resepi....maafkan Uj juga sebab ader juga bahan-bahannya yang Uj ubah sikit sebab bergantung pada bahan yang  ader dlm simpana Uj....






Sumber resepi : Zethy 305f@MyResepi

Bahan-bahannya:

Bahan A:

4 biji telur ( Uj guna 5 bj telur gred B)
120g gula kastor
1 sudu bsr ovellete
1 sudu bsr original mayonis ( Uj guna 1/2 sudu bsr jus oren sunquick)

Bahan B:

80 g tepung gandum ( Uj guna tepung superfine)
20g serbuk koko
20g tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam ( Uj tambah)
1 sudu teh esen vanila( Uj tambah)

Bahan C:

65g butter cair( Uj guna myk jagung)

Cara:

1.   Panaskan oven 170 darjah.Sapu loyang dgn sedikit mentega dan tepung ratakan.ketepikan
2.   Putar bhn A dgn kelajuan yg tinggi selama 15 min sehingga gebu, putih dan likat  seperti adunan kuih
       bahulu.
3.   Add bhn B ( bahan kering).Putar rata dan sebati selama 3 min.
4.   Add bhn C ( myk jagung).pukul hingga sebati selama 3 min.
5.   Bila dah sebati add dlm loyang dan bakar selama 40 @sehingga masak.
6.   Bila kek dah masak terlangkupkan diatas redai.
7.   Potong 2 kek dan bolelah disapu krim mentega mengikut kreativiti masing2.

    * utk resepi krim mentega boleh rujuk di label krim mentega.....*




               Terserlah kegebuannya.....



" Selamat mencuba"


No comments:

Post a Comment