mytasteindonesia.com

Monday, 1 October 2012

MEE SUP BERKUAH DAGING





Assalamualaikum...salam ceria buat semua teman-teman yang Uj sayangi....Ape khabar semua???.... sihat ker ari ni...???Uj doakan semua rakan-rakan yang Uj sayangi sihat walafiat hendaknya...Dah minum petang ke???.Ape juadah minum petang kalian ari ni yer....wahh tentu sedapkan....Hari ni di tempat Uj cuaca mendung jer..guruh kedengaran berdentum sana-sini..kalau ikut firasat Uj malam ni gerenti hujan lebat...wahhh kalau hujan lebat dapat pulak hirup mee sup atau meehon sup panas-panas tentu sedap kan....pastu bila dah panas tambah pulak sambal kicap bercili lebih sikit bagi agak-agak berasap telinga sikit..aduh...meleleh air liur...ok sape nak cuba.....lehlah cuba...bahanpun simple..lagi sedap kalau kuah tu dicampur daging...baru naik perisanya....




Bahan:

1/2 kilo daging dihiris nipis
1 bungkus fishball goreng dibelah 4
1 bungkus fishball putih dibelah 4

Bahan tumis:

1 biji bwg bsr dihiris*
6 ulas bwg putih dihiris*
1 inci halia dihiris*
1 inci lengkuas diketuk kasar*
1 btg kulit kayu manis*
1 biji bunga lawang*
3 biji  buah pelaga*
sedikit myk utk menumis
2 kiub ayam maggie
sedikit serbuk lada hitam
garam dan perasa ( optional)
Air utk merebus

Bahan sampingan:

sedikit taugeh
sedikit daun sup dihiris
sedikit bwg goreng

Sambal cili berkicap:

1/4 cwn cili api dikisar kering
sedikit kicap mains ( digaul bersama)

Cara:

1. Panaskan periuk add myk .Bila myk dah pns add bhn bertanda *.Masak sehingga naik bau.
2. Bila tumisan dah naik bau add daging.Kacau rata daging bersama bahan tumisan.Add air.kacau lagi
3. Biar daging empuk bersama air rebusan tadi.
4. Bila dging dah empuk add fishball goreng dan fishball putih.Addkan kiub ayam maggie tadi.
5. Perasakan garam serta perasa( optional).Biar rebusan mereneh sebentar.Tambah serbuk lada hitam
6. Kacau rata dan tutup api.








Tambah cili berkicap lebih sedikit..bagi berasap telinga...walahhhhh.sedap juga dimakan dengan ketupat segera...itupun klau rajin nak merebusnya....tambah bebola daging lagi sedap....






   Yum...yum.....jemput makan.....


" Sedia utk dihidangkan ...."

No comments:

Post a Comment