mytasteindonesia.com

Thursday, 4 October 2012

NASI HUJAN PANAS











Assalamaualaikum...salam sejahtera buat semua teman-teman Uj.Nasi hujan panas ni adalah salah satu nasi yang menjadi kegemarananak anak buah Uj.Kalau mereka datang jer berkunjung kerumah Uj ...satu permintaan mereka " Umie...bole x  wat nasi wana-wani tu"...dan itulah statement mereka..Uj ni memang meriah dengan anak-anak buah...Anak buah Uj yang paling besar pun baru berumur 13 tahun....Seronok kalau dapat berkumpul bersama-sama mereka.Kalau sudi nak jamu mata jom lah..intai-intai nasi hujan panas versi Uj...Nasi ni sedap dimakan dengan ayam masak ros,jelantah dan popedom...Ermmm tenguklah diorang makan..selera sangat .......Kadang-kadang kalau ada lebih nasi tu siap nak tapau dibawa balik...begitulah bebudakan....Seronok sangat menjamu mereka makan......





Bahannya:

3 cwn beras ( Uj guna beras faezah basmati))
3 1/4 cwn air ( yang selalu Uj gunakan)
4 sudu bsr myk sapi
2 sudu bsr mentega
 1 biji bwg bsr dihiris*
1 inci halia dihiris*
5 ulas bwg putih dihiris*
3 helai daun pandan disimpul
3 btg serai diketuk 2 ulas kuib ayam maggie
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1/2 cwn susu cair
pewarna hijau,merah dan kuning.
sedikit garam

Bhn kisar:

1 inci halia#
5 ulas bwh kecil#
4 ulas bwg putih#



Cara:

1. Pnskn periuk add myk sapi dan mentega.Biar cair
2. Addkn bhn bertanda* serta kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga serai
    ketuk dan daun pandan.kacau sehingga naik bau.
3. Addkn bhn kisar #.kacau biar naik bau.addkn beras.kacau rata.
4. Addkn air serta susu cair berserta kiub ayam.kacau rata.
5. Addkn sedikit garam.
6. Tutup periuk.Bar nasi masak sendiri( umie guna rice cooker jer)
7. Bila nasi dh kering titik kan beberapa jenis pewarna sedikit.tutup periuk
    kembali dan biarkan nasi seketika.Bila nk dihidangkn baru lah di kacau nasi
    tu utk meratakn pewarnanya.
8. Hati2 bila meratakn warna agar nasinya tidak patah.
9. Sedia utk dihidangkn.....




 
   Sedap jugaj dimakan bersama popedem goreng..." kruk-kruk " bila dikunyah...









    Jelantah yang sedap dimakan bersama nasi warna-warni ni.....






No comments:

Post a Comment