mytasteindonesia.com

Tuesday, 20 November 2012

KARI TULANG RUSUK KAMBING BERKENTANG














Assalamualaikum....salam sayang buat semua teman-teman yang Uj hormati.Hari ni UJ nak kongsikan satu resepi peberet Uj sekeluarga...iaitu..kari tulang rusuk kambing berkentang.Bagi Uj daging kambing ni sesuai dibuat kari..Selain dari dibuat kari sesuai jugaklah dibuat masak lemak pedas cili api..ataupun kalau nak ringkas lagi dibuat sup jer .Bagi Uj apa cara memasaknya pun semua belaka..sebabnya Uj ni peminat daging kambing...Kalau kenduri kendari kebetulan tuan rumah ader menu daging kambing..ermm memang Uj tak jeling lauk lain dah..rugi rasanya ...kalau tak dirasa.Kari kambing ni pada Uj kalau dicicih dengan roti jala..sedap sesangat.Itu untuk bagi penggemar daging kambinglah...bagi yang tak suka daging kambing tu...bolelah digantikan dengan daging biasa je.... betul tak?.kalau dah malas nak menjala...wat cekodok tepung yang kosong tu pun dah kira sedap dan kena pulak hari hujan........Oklah bagi penggemar daging kambing..bolelah mencubanya....atau sekadar nak jamu mata....pun silakan....





Bahan:

1 kilo daging kambing
5 biji kentang dibelah 4
5 sudu serbuk rempah kari daging babas*
5 sudu serbuk rempah kari ikan babas*
4 cwn santan
1/2 cwn cili kering dikisar
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit air utk mengempukan daging

Bahan tumis:

2 biji bwg besar dihiris
6 ulas bwg putih dihis
2 inci halia dihiris
5 tangkai daun kari
sedikit rempah 3 serangkai ( palaga,bunga lawang dan kulit kayu manis)
sedikit myk utk menumis.

Cara:

1.  Add myk dalam periuk.Add bhn tumis.biar sehingga naik bau.
1.  Bila dh naik bau add cili kering kisar.Masak sehingga cili kering pecah myk.
3.  Bila dh pecah myk add bhn rempah yang bertanda * .kacau sehingga pecah myk dan bahan rempah
     naik bau serta masukan air asam jawa dan kacau lagi..
4. Add daging kambing dan kacau sebati bersama bahan rempah.Tutup periuk dan biar daging empuk
    Add air utk mengempukkan daging kambing .
5. Bila daging kambing dah mula empuk add santan serta kentang.kacau rata.
6. Bila kentang dah empuk perasakan dgn garam dan gula.
7. Biar kuah reneh dan memekat seketika.kemudian bolelah dihidangkan








" Selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment