Friday, 16 November 2012

KEK KARET SEDAP













Assalamualaikum....salam ceria buat semua teman-teman yang Uj kasihi...dan Uj doakan semoga semuanya berada didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..kalau demam atau kurang sihat tu cepat-cepat gi klinik dan jangan lupa makan ubat seperti yang telah disyorkan oleh doktor..maklumlah cuaca tak menentu ni..penyakit senang nak dapat...Sebut jer tentang cuaca ditempat Uj ni dah beberapa hari asyik hujan jer...malam tadi pun hujan turun.. lebat pulak tu.Sedap tul tido. Alhamdulillah..bersyukur tumbuh-tumbuhan..sebab dapat tumbuh segar....begitulah lumrah alamkan.....apa-apa pun Alhamdulillah diatas kurniaan Ilahi...ok jom kita bercerita bab makan pulak..kali ni Uj nak kongsikan satu lagi resepi kek karet.Sebelum ni Uj dah banyak kali jugak kongsikan satu resepi kek karet yang sedap..tapi baru-baru ni Uj dok intai satu lagi resepi kek karet dari  joy of baking..ermmm bila dah buat lagi sedap rasanya.Bahannya pun x banyak...di atas permintaan cik somi kita dah 2 kali dah Uj  buat kek karet  menggunakan resepi dari joy of baking ni .Kalau dah 2 kali duk minta dibuat ..haa.... maknanya sedaplah tu....Ok..bagi sesiapa yang nak mencuba bolelerr intai resepi.....rugi x cuba.....




Resepi: Kek Karet 
Sumber: Joy of baking.com

Bahannya:

1 cwn (100g) kacang walnut dipanggang( Uj guna badam cincang jer)
21/2 (340 g) cwn karet diparut (perah sedikit airnya)
2 cwn tepung gandum (260 g)
1 sudu teh baking soda
11/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh garam
4 biji telur gerd A( Uj guna 5 bj gred B)
11/2 cwn (300g) cwn gula kastor
1 cwn ( 240 ml) myk jagung
2 sudu teh esen vanila

Cara:

1.  Panaskan oven 175 degree.sapu loyang dgn mentega dan alas dgn kertas myk
2.  Dalam satu bekas ayak tepung, baking soda.baking powder,garam serta serbuk kayu manis.Ketepikan.
3.  Pukul telur dgn menggunakan mixer sehingga berbuih.Kemudian addkan gula dan pukul lagi sehingga
     adunan bertukar menjadi pekat dan warna menjadi cerah.
4.  Addkan esen vanila serta myk dan pukul sebati.
5.  Add bahan ayak dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati .
6.  Addkan pula karet serta kacang walnut tadi dan kacau sebati lagi.
7.  Tuang adunan kedlm loyang dan bakar selama  45 min.atau sehingga masak.


Bahan frosting:

1/4 cwn mentega
227 g  krim cheese
2 cwn (230g ) gula aising
1 sdu teh esen vanila
1 sdu teh parutan kulit lemon.

Cara:

1. Pukul krim cheese dgn mentega sehingga lembut dan ringan.
2. Add gula aising.Pukul sebati
3. Addkan pula esen vanila dan parutan kulit lemon.Pukul sebati dan rata
4. Bolehlah disapukan keatas permukaan kek.


Jom jamu mata:




Untuk kali ni UJ x menggunkan frosting sbbnya krim keju tiada dlm simpanan Uj..so hanya menggunakan
aising sugar utk ditaburkan diatas permukaan kek....




























 yumyum....lembut dan lembab jer struktur keknya......



























" Selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment