Thursday, 15 November 2012

KEK SPAN COKLAT LAPISAN BLUEBERRY...








Assalamualaikum...salam sejahtera  salam Maal Hijrahdan selamat bercuti  kepada semua rakan-rakan yang Uj sayangi...Jom kita membaking lagi arini....apa kata cuti-cuti ni kita ambil kesempatan membaking bersama anak-anak..tentu serononkkan...kita buat kek span kita sendiri.... kita hias dengan menggunakan krim mentega dgn idea kita sndiri atau idea dari anak-anak kita...dan bila dah siap kek tu kita makan sambil bersantai-santai bersama keluarga tercinta.Ok kali ni Uj nak berkongsi resepi yang sama seperti di N3 UJ yang telah lalu iaitu kek span coklat tetapi..kali ni Uj tambah lapisan blueberry sebagai intinya.....yummy...Ok bagi rakan-rakan yang ingin mencuba jom kita tinjau resepi...Terima kasih sekali lagi kepada penyumbang resepi ni......





Sumber resepi : Zethy 305f@MyResepi

Bahan-bahannya:

Bahan A:

4 biji telur ( Uj guna 5 bj telur gred B)
120g gula kastor
1 sudu bsr ovellete
1 sudu bsr original mayonis ( Uj guna 1/2 sudu bsr jus oren sunquick)
1 sudu teh esen vanila ( Uj tambah)

Bahan B: ( Bahan ayak)

80 g tepung gandum ( Uj guna tepung superfine)
20g serbuk koko
20g tepung jagung
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam ( Uj tambah)



Bahan C:

65g butter cair


Bahan D:

Utk sapuan keatas kek sedikit blueberry fruits filling dan krim mentega.*
* blueberry fruits filling bole dibeli dikedai bakery *

 Cara:

1.   Panaskan oven 170 darjah.Sapu loyang dgn sedikit mentega dan tepung ratakan.ketepikan
2.   Putar bhn A dgn kelajuan yg tinggi selama 15 min sehingga gebu, putih , lika dan pekat  seperti adunan
      adunan kuih bahulu .
3.   Add bhn B ( bahan kering).Putar rata dan sebati selama 3 min.
4.   Add bhn C ( myk mentega).pukul hingga sebati selama 3 min.
5.   Bila dah sebati add dlm loyang dan bakar selama 40 @ sehingga masak.
6.   Bila kek dah masak terlangkupkan diatas redai.
7.   Potong 2 kek dan bolelah disapukan dengan lapisan blueberry fruit filling diatas lapisan tadi kemudian   barulah disapukan dgn krim mentega mengikut kreativiti masing2.
  





Kek span coklat lapisan blueberry fruits filling buah tangan utk seorang kawan....resepi yang sama cuma make-up yang berbeza....





Resepi krim mentega:


Resepi: zati d'hati
Dari blog: Hasue@sue-asue.blogspot.com


Bahan krim mentega:

50 g mentega tanpa garam
450 g krimwell
300g sirap gula ( Uj guna gula aising)
1 sdu bsr susu pekat
1 sdu teh esen vanila
1/2 sdu teh myk mentega ( uj x gunakan)
 sedikit warna pilihan


Cara:


1.   Pukul mentega dan krimwell sebati dan berkrim.Add gula aising.
2.   Putar semua adunan sehingga gebu addkan pula susu pekat.
3.   Addkan esen vanila serta myk mentega
4.   Pukul sebati dan addkan warna pilihan .Pukul sebati lagi.
5.   Bolelah di gunakan.







Cara utk sapuan blueberry fruits filling dan krim mentega keatas kek:


1.   Bila kek dah masak terus terbalikan kek diatas redai sebabnya tak mo kek tu mendap.Biarkan seketika.
2.   Sambil tu buat krim mentega.seperti resepi diatas*
3.   Potong kek kepada 2 bahagian.
4.   Sapukan lapisan blueberry fruits filling keatas lapisan yg tlh dipotong .Ratakan.Sapukan juga keatas
      lapisan yang sebelah lagi.
5.   Bila dah siap sapuan blueberry fruits tadi barulah disapukan kerim mentaga keatas lapisan kek tadi.
6.   Satukan kembali kek yang tlh dipotong dua tadi.
7.   Ambil sedikit krim mentega ratakan kebahagian permukaan dan tepi kek.
8.   Ulang kembali sehingga krim benar-benar tlh menutupi permukaan kek dan juga repi kek.
9.   Kemudian hiaslah mengikut kreativiti masing-,masing....






"Selamat mencuba"

No comments:

Post a Comment