mytasteindonesia.com

Tuesday, 27 November 2012

LALA PEDAS TUMIS SERAI




Assalamualaikum...salam sayang buat semua teman-teman.Dah makan ker?.Masak ape arini...Sempena cuti sekolah ni tentu sibuk melayan karenah dan ragam anak-anakkan.?...Riuh rendah disekeliling meja bila menu yang kita hidangkan tu menjadi kegemaran mereka...dan bila melihat  mereka makan dengan begitu selera sekali..hilang penat lelah kita memasak....bangga rasa hati bila sentuhan airtangan kita dihargai....Begitulah ragam anak-anak kita ni.Menu Uj arini Lala pedas tumis serai..Menu ni merupakan salah satu menu peberet family Uj...kalau beli lala x cukup sekilo...selalunya 2 kilo...Tak caya kan...kata orang bukannya makan tapi "melantak"......."oohhh"..yang makan dengan nasi lain ..yang ratah lain pulak...walaupun 2 kilo tapi kejap jer dah " yilekkk"abihh dah...nnti suh masak lagi.." Ohhh tidakkkk anakku nanti gaout biler makan seafood banyak-banyak...( sajer nk cover line sbb bole beli seafood- meefood ni biler bulan terang jer...hehe).".Ok jom kita jamu mata....=)





Bahan: ( sukatan utk sekilo..malu nak bagi sukatan utk 2 kilo)

1 kilo lala dibersihkan
2 ulas bwg besar dihiris
4 ulas bwg kecil*
3 ulas bwg putih*
1/2 inci hali*
10 tangkai cili api*
4 tangkai cili kering*
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili sos
5 helai daun limau purut dibuang urat tengah
3 btg serai diketuk
1 bj perahan air limau kasturi 
garam,gula @ perasa( optional)
sedikit air sedkit
myk utk menumis


Cara:

1.   Pnskan kuali add myk.Kisar  bhn bertanda*.Jgn sampai hancur.
2.   Bila myk dah masak add bhn kisar.Masak sehingga naik bau dan pecah myk.
3.   Add serai dan daun limau purut,cili sos dan sos tiram kacau rata dan addkan lala.kacau sebati.
4.   Tambah sedikit air dan tutup kuali dengan penutup periuk selama  3 minit.
5.   Angkat penutup periuk add bwg bsr dan kacau rata dan perasa dgn garam,gula @ perasa.
6.   Tutup api dan perahkan sebiji limau kasturi kedlm kuali.kacau dan terus angkat.
7.   Sedia utkk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment