mytasteindonesia.com

Thursday, 15 November 2012

RED VALVET CAKE @ KEK "SIBALDU MERAH"












Ermmm dah lama dah UJ dok intai kek "sibaldu merah"ni..walaupun ramai rakan-rakan blog yang lain dah menerai mebuatnya...tapi Uj masih belum ada keberanian untuk mencubanya...tenguk punya tenguk...belek punya belak ermmm resepinya ada menggunakan bahan pewarna merah yang banyak jugak kuantitinya..terfikirlah jugaklah..klu aku makan kek ni nanti x ke tali perut aku ni pun turut berwarna merah gak...
hishhhh...jadi "jakun" pulak sekejap Uj ni....padahal kek ni bolelah diketogarikan dalam kek yang berprofail tinggi..setanding dgn lebel "cheese cake" yang lain...Pastu tetiba aritu aderlah jiran sebelah rumah duk pulang kan pinggan Uj ..yelah duk berjiran ni kalau masak  yang agak sepeselsikit  tu nak jugaklah diberikan barang sedikit kat jiran sebelah..apalagi kalau kita menumis tu mengganggu deria bau jiran.....berbalik dari cerita pulang pinggan tadi ..maka jiran sebelah rumah Uj ni isikan pulaklah kek sibaldu merah ni tapi versi cupcake..comellnyerrr adalah dalam 5 biji....Uj pun tanyalah buat ker????...dia kata beli...pastu uj duk tanya lagi..sebijik berape..katanya lagi..sebijik rega dalam Rm3.00..mak kauuu...kecik jer kek nya...adalah sebesar telur ayam gred  C.
    Hiss x menyempat-nyempat pulak nak rasa kek mahal ni...sedap ker...sampai sebijik 3 hinggit.....bila dah rasa..walahhhh..terawang-awamg sekejap...sedapppp ropernyerrrr...struktur kegebuan kek serta kelembutannya ditambah dgn  cheese cream frosting nya benar-benar menyentap-nyentap kat tekak Uj ni..hish patutlah  walau pun kenit reganya  rm3.00 sebijik..orang duk beli jugak.
Pastu duk suluhlah lidah ni kat cermin ehh x der pulak lidah ni warna merah...Memang terserlahlah ke"jakunan" aku  ni....Ooo cenggini rasanya red valvet kek ni.dengan tu malam tu jugak Uj duk selongkar resepi sibaldu merah yang telah lama Uj perap ni....maka bila dah ader krim cheese dan dah tersedia 2 botol perwarna merah... Uj pun mulalah menerai membuatnya...satu-satu pandangan mata ni tertumpu kearah resepi..kang salah kang...hish membazir pulak.......tara......Alhamdulillah.inilah hasilnya.....kembang kempis hidung yang x berapa nak mancung ni....Resepi Uj ambil dari Joyofbaking.com....kalau ikut resepi Puan Rima dari Myresepi pun sama gak cuma Puan rima menggunakan setengah adunan....memula ni Uj wat menggunakan loyang..tapi Insyaallah jika ader keizinan waktu Uj nak terai pulak wat sibaldu merah ni versi cupcake...kan comel kan.......hishhhh...jom intai resepi....



Resepi: Red valvet cake
Sumber resepi: Joyofbking.com

Bahan:

bahan A:

21/2 cwn (250g) tepung kek (superfine)
1 sudu teh baking powder
1/2 sdu teh garam
2 sudu bsr serbuk koko

bahan B:

1cwn buttermilk (susu X dgn 1 sudu teh cuka masakan-biarkan dlm 10 min)*
2 sudu bsr pewarna merah  *.satukan kedua-dua bahan.

bahan C:

113g  mentega
300 g gula kastor
2 bj telur
1 sudu teh esen vanila

bahan D:

1sudu teh cuka masakan
1 sudu teh baking soda

Cara:

1.  Panaskan oven 175 darjah c dan lenserkan loyang.
2.  Ayak bhn A.ketepikan
3.  Satukan bhn B kacau rata dan biarkan sebentar dlm 10 minit.
4.  pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim .Addkan telur satu persatu.pukul rata lagi.
5.  Addkan tepung berselang seli dgn butter milk tadi kaedah ( dry wet dry).kacau sebati
6.  Satukan cuka dan baking soda didalam satu mangkuk kecil dan terus masukan kedlm adunan telur tadi.
     gaul dgn menggunakan spektula @ senduk kayu,bair serata.
7.  Tuang aduanan kedalam loyang dan bakar selama 50 minit @ sehingga amsak.







Bahan frosting:
Resepi :juicy juicy cafe

450g krim cheese
1 cwn mentega
1 sdu kecil esen vanila
11/2 cwn gula aising- diayak.

 Cara:

1.    Satukan semua bahan dan pukul dgn mengguna kan mixer sehingga menjadi lembut dan gebu.
2.    Potong kek menjadi 2 bahagian sapukan frosting keatas kek sehingga rata.
3.    Satukan kek kembali dan sapuka keatas semua permukaan kek sehingga tepi kek.
4.    Sapukan lagi sehingga frosting meyeliputi semua permukaan kek dan bolelah dideko mengikut kreativiti
       masing2.




" selamat mencuba"

2 comments:

  1. as-salam
    Looks so delicious and inviting...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam Ady terima kasih...k.umie dah terai mmg sedap...leh nerai ni Ady..=)

    ReplyDelete