Saturday, 22 December 2012

CHOCOLATE BLACKOUT CAKE







Assalamualaikum.....salam sejahtera buat semua teman-teman yang Uj sayangi.Sebut jer kek coklat..ada bermacam-macam versi kek coklat....dengan itu bermacam-macam rasalah pulakkan..Ada yang suka rasa kek coklat lembab bila dimakan terasa kelembapan coklatnya..kata orang bak cair dimulut..kalau tak suka pulak kek coklat yang lembab boleh jer buat kek coklat bermentega..tapi kuranglah rasa kelembapan coklatnya..tapi masih lagi terasa coklat dan aroma coklatnya..Tapi baru-baru ni Uj telah mencuba satu resepi kek coklat dari siri  tv " fresh with Anna Olson iaitu "Blackout Chocolate Cake"dek kerana teruja sangat dengan kegebuan kek coklatnya Uj pun cuba membuatnya..ermmm memang sedaplah dan menepati citarasa Uj.Sesekali apa salahnya jikakita nak cuba beralih arah pulak dengan resepi chef-chef terkenal didalam tv tukan..kata orang nak ubah seleralah sikit dan mempelbagaikan resepi yang ada.Pada pendapat Uj rasa keknya seperti kek coklat lembab yang kaya dengan rasa coklat tapi struktur keknya gebu tak lembab strukturnya sperti struktur kek red valvet  kerana resepinya ader mengandungi buttermilk itulah yang menyebabkan keknya segebu red valvet dan dimakan pula bersama krim cheese frostingnya yang diadunkan dengan sedikit coklat cair serta sedikit serbuk koko...ha.... cuba bayangkan...Ohh ... memang sedap.Bagi sesiapa yang nak mencuba bolelah..tapi didalam resepi Uj ni Uj buat setengah adunan jer.....Bagi yang mempunyai ahli bilangan keluarga yang agak ramai bolelah mengikut sukatan yang ada...








Resepi:  Chocolate blackout cake
Sumber: Chef Anna Olson dari siri tvnya " Fresh with anna Olson"


Bahannya:

21/2 cwn tepung serbaguna
1 cwn serbuk koko
21/4 sdu teh baking soda
11/2 sdu teh garam
1 sdu teh baking powder
11/4 cwn gula kastor
3/4 cwn gula perang
1 cwn mentega tanpa garam (200 g)
21/4 cwn buttermilk ( Uj buat 21/4 cwn susu cair + 11/2 sdu teh cuka masakan)
2 bili telur gred A
11/2 sdu teh esen vanila
6 oz coklat chip dicairkan( uj buat 150 g coklat chip dimasak secara double boil)

Cara membuatnya:

1.    Panaskan oven 175 degre dan lebser loyang 8 ".
2.    Ayak tepung serbuk koko,baking powder,baking sodadan garam .Pukul rata dgn menggunakan
       mixer add kan pula gula,gula perang serta mentega.Pukul rata lagi.Adunan akan menjadi
       seperti serbuk roti.
3.    Dalam mangkuk lain,pukul buttermilk,telur dan esen vanila dgn menggunkan whisk
4.    Addkan adunan buttermilk tadi kedlama adunan tepung.dengan kelajuan yg sederhana pukul lagi
       sehingga adunan lembuat dan sebati dlm masa 3 minit.
5.    Addkan pula coklat chip yg tlh dicairkan tadi dan pukul rata lagi sehingga adunan coklat sebati.
6.    Bila adunan dah sebati addkan kedlm loyang dan bakar selama 40~45 minit.Sejukan selama1/2 jam
       sebelum disapukan cream cheese frosting ke atas pernukaan kek.

Bahan utk  frosting:

3 cwn mentega tanpa garam
1 cwn cream cheese (200 g)
24 oz bittersweet coklat dihiris dan dicairkan ( uj buat 375 g)
1/2 sudu teh garam
4 cwn gula aising  diayak (Uj buat 2 cwn x mo manis sgt)  
2/3 cwn serbuk koko

Cara:

1.     Pukul mentega,cream cheese dgn kelajuan yaang tinggi sehingga gebu.Perlahankan kelajuan addkan
        bittersweet coklat yg tlh dicairkan,esen vanila ,gula aising serta serbuk koko kedlm adunan tadi.
2.     Pukul lagi sehingga sebati dan lembut.
3.     Potong 2 kek yg tlh disejukan tadi sapu kan sedikiut krim forsting.Tindihkan kembali kek dan sapu
        keseluruhan kek dn krim fosting yang berbaki.
4.     Hias mengikut kreativiti masing-masing.







No comments:

Post a Comment