mytasteindonesia.com

Tuesday, 18 December 2012

MEATBALL WITH BECHAMEL SAUSE




Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman-teman yang Uj sayangi.Hari ni Uj cuba menghabiskan stok meatball jenama marina yang dibeli tempuhari yang mana masih ada lagi didalam simpanan Uj.Cuba intai -intai resepi yang masih menggunakan meatball tetiba terbayang meatball carbonara yang ade kat pizzahut tu...Kalau kami sekeluarga gi makan ke pizzahut memang tak sah kalau tak ode meatball with carbonara ni...memang peberet cik somi kita....Disebabkan stock meatball masih ade lagi teringin nak buat sendiri tapi Uj malas nak gunakan sos carbonara yang ader dipasaran sebaliknya Uj gandingkan meatball Uj dengan menggunakan bechamel sause atau sos putih sumber dari Rachel Ray sebabnya sebelum ni Uj buat lasangna menggunakan sos putih resepi Rachel Ray ni memng sedap menepati citarasa UJ...maka dengan itu inilah hasilnya...sesiapa yang nak mencuba tu jamu mata dulu....kalau dah puas hati bole salin resepi....yummyyyy.....






Resepi :Bechamel sause
Sumber: Racheal Ray

Bahannya:

1 paket meatball jenama marina
1 bi bwg nsr bombay dihiris kasar
sedikit serbuk oregano
sedikit cendawan butang dihiris

sedikit myk utk menggoreng


Cara:

1.    Nyahbekukan meatball.
2.    Panaskan kuali goreng sedikit kemudian angkat.

 
 
Bahan utk sos bechamel ( sos putih)

4 sdu bsr mentega
4 sdu bsr tepung
2 cwn susu segar ( uj guna susu cair)
2 cwn stock ayam ( uj guna 1 cwn air + dgn kiub ayam maggie)
sedikit serbuk buah pala
garam dan  sedikit serbuk lada hitam
sedikit keju diparut ( uj guna keju kart singles 2 keping- jgn byk sgt nnti masin)

Cara untuk membuat sos putih:

1.   Panaskan periuk Add mentega .Bila mentega dah cair addkan tepung.Kacau rata supaya tepung
      tak bergentel.Bila tepung dag serata addkan air serta kiub ayam .kacau rata lagi.
2.   Bila dah seerata addkan susu.kacau rata lagi
3.   Bila kuah sos dah agak memekat addkan serbuk buah pala serta serbuk lada hitam dan sedikit garam.
      Kacau rata dan bolelah masukkan keju parut ( keju kraft singles yg telah dicarik-carikan)
4.   Biar kesemuanya sebati.
5.   Ambil meatball yg tlh digoreng tadi addkan kedlm mangkuk tahan panas.
6.   Tuang sos putih diatasnya.Biar sos serata.Addkan sedikit serbuk oregano serta bwg bombay
      yang dihiris kasar.
7.   Taburkan sedikit lagi keju parut diatasnya dan bakar didalam oven yang tlh dipanaskan terlebih dahulu
      dgn suhu 190 deggre selama50~20 minit.



      creamyyy so yummmyyyy.....



No comments:

Post a Comment