mytasteindonesia.com

Monday, 10 December 2012

RED VALVET CAKE





 




Assalamualaikum....."Opssss lagi..lagi red valvet..."..kerana dek terpesona dengan rasa si "baldu merah "ni...ditambah pula dengan kesedapan krim cream cheese frosting nya..maka mendorong Uj untuk buat kek ni buat kali keduanya...masih menggunakan resepi dari joy of baking..tapi Uj buat hanya setengah adunan jer...Walaupun setengah adunan tapi  kira berbaloi jugaklah...sebabnya puas makan...kiranya makan berulang jugaklah..amik sepotong...makan sepotong..gi jenjalan dulu pastu nnti amik sepotong lagi makan .. sepotong lagi nak tido malam nnti amik balik dalam esbok terus makan cam Nigella Lawson buat tu.......X mo lah hadap satu loyang sambil tenguk tv pegang remote kontrol sebabnya takut kencing manih....kang kena potong pulak jari ni cemane nanti nak ketuk keyboard...baju pun semua dah ketat...Terpikir jugaklah  Uj "samada badan ku yang mengembang ker atau bajuku yang mengecut"...hishh konpius pulak......Bagi sesiapa yang cuba-cuba nak menggembangkan badan tu jomlah intai-intai resepinya....





Resepi: Red valvet cake
Sumber resepi: Joyofbaking.com

Bahan:

bahan A:

11/4cwn tepung serba guna( tepung gandum)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sdu teh garam
1sudu bsr serbuk koko

bahan B:

1/2cwn buttermilk (susu cair +1/2 sudu teh cuka masakan-biarkan dlm 10 min)*
1 sudu bsr pewarna merah  *.satukan kedua-dua bahan.

bahan C:

57 g  mentega
3/4cwn gula kastor
2 bj telur
1 sudu teh esen vanila

bahan D:

1/2 sudu teh cuka masakan
1 /2 sudu teh baking soda

Cara:

1.  Panaskan oven 175 darjah c dan lenserkan loyang dgn sedikit mentega dan alas dgn kertas minyak.
2.  Ayak bhn A.Ketepikan
3.  Satukan bhn B kacau rata dan biarkan sebentar dlm 10 minit.
4.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim .Addkan telur satu persatu.pukul rata lagi.
5.  Addkan tepung berselang seli dgn butter milk tadi kaedah ( dry wet dry).kacau sebati
6.  Satukan cuka dan baking soda didalam satu mangkuk kecil habis saje berbuih  terus masukan kedlm
     adunan telur tadi.
7.  Gaul adunan dgn menggunakan spektula @ senduk kayu,biar serata.
8.  Bila adunan dah serata bolelah dituangkan adunan kedalam loyang yang telah disapukan dgn sedikit
     mentega dan dialaskan dengan kertas myk.
10. Bakar selama 45 ~50 minit mengikut tahap kepanasan oven masing-masing...
11. Sejukan kek terlebih dahulu sebelum disapukan cream cheese frosting keatasnya....



Bahan cream cheese frosting: 

250 g cheese cream
100 g mentega ( uj guna anchor)
3/4 cwn gula aising diayak
1 sdu teh esen vanila


Cara:

1.  Satukan semua bahan dan pukul dgn menggunakan mixer dgn kelajuan yang sederhana  
     sehingga lembut dan gebu.
2.  Potong 2 kek yang telah disejukan.Sapukan cream cheese diatas permukaannya dan tindih kek
     yang telah dipotong satu lagi diatasnya.
3.  Sapukan permukaan kek dan keseluruhan kek dgn cream cheese.
4.  Hiaslah mengikut kreativiti masing-masing...

No comments:

Post a Comment