mytasteindonesia.com

Wednesday, 12 December 2012

RENDANG AYAM CHEF WAN







Assalammualaikum...salam sejahtera buat semua teman...Resepi Uj ari ni adalah adaptasi dari buku masakan chef wan yang berjudul "mini cookbooks" chef wan chicken iaitu Rendang ayam chef wan..Sedap..sesuai dengan selera Uj..Gabungan dari rasa pedas ,manis dan masam memang membuka selera jika digandingkan bersama nasi putih ditambah lagi dengan aroma daun limau purut didalam masakan rendang ini benar-benar menambat selera..Tetapi didalam masakan Uj ni banyak jugak bahan yang Uj tak letak seperti buah asam belimbing ,daun basil dan kerisik kerana bahannya tiada didalam simpanan Uj...walaubagaimanapun  masih lagi terasa kesedapanya....Bagi sesiapa yang ingin mencuba disini Uj sertakan resepinya....Sukatan didalam bukunya ini..adalah sukatan untuk makan 2 orang ...tapi jika ahli majlis dalam rumah tu ramai..gandakan lah sukatannya yer...bukan aper takut-takut  tak cukup pulak nanti....sekian untuk makluman....Cer cuba....




Resepi:Rendang ayam Chef Wan
Sumber dari: Mini cookbooks Chef Wan

Bahannya:

4 sudu bsr minyak masak
500 g ayam
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
3 helai daun limau purut
1 cwn santan
1 cwn air
3 Sudu bsr kerisik ( uj x letak sbb malas nak buat kerisik)
1 usud besar gula melaka
sedikit garam
2~3 biji buah asam belimbing buluh (Uj x letak sebb tak ado)
1 helai daun basil ( ni pun Uj x ado)

Bahan kisar:

10 bj bwg putih
8 bji bwg kecil
15 bj cili padi ( nak pedas bole letak lebih)
6 bj cili kering
10 g halia
10 g lengkuas
10 g kunyit hidup
 
Cara: 

1  .  Satukan bahan kisar dan kisar sebati
2.    Panaskan mykgoreng bahan kisar sehinggga pecah myk
3.    Bila bahan tumisan dah pecah myk addkan ayam.Kacau rata biar mesra dengan bahan tumisan.
4.    Kemudian addkan lada hitam,serai,daun limau purut,asam keping,santan dan juga air.Kacau rata
       dan biar semua banahn mendidih dan ayam masak.
5.    Add kerisik,garam serta gula melaka.kacau rata dan biar mendidih lagi sehingga kuah memekat.
6.    Add daun basil.Biar merenh 2~ 3 minit dan tutup api serta bolelah dihidangkan bersama nasi puith.









No comments:

Post a Comment