mytasteindonesia.com

Sunday, 9 December 2012

SOTO AYAM MADURA












Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua teman.Apakata kali ni Uj kongsikan satu resepi soto pulak ye.Menu ni selalunya Uj hidangkan buat tetamu yang datang berkunjung ke rumah Uj dikala hari raya. Tapi kalau teragak sangat nak makan tu bile-bile pun kita bole buatkan....yang penting ader resepinya...Ok bagi sesiapa yang nak mencuba bole ler..jeling-jeling resepi UJ ni..Resepi Uj ni ringkas jer sebab dah teringin sangat nak makan..dengan itu banyak bahan sampingan yang x der seperti bergedil kentang...kalau ikutkan selera family Uj ni diaorang tak suka sangat makan soto dengan bergedil kentang ni...mereka lebih suka makan soto ni dengan nasi impit ,sohon dan kacang goreng jer..Nak bagi "kaw..."sikit tambah kicap bercili tu lebih sikit...bila makan terasa telinga ni cam merah-merah gitu...Barulah "kick".Ok sesiapa yang nak mencuba bolelah jeling-jeling manja kat resepi Uj ni......kalau terberkenan bole lah cuba....







Bahan A:

Nasi impit-dipotong kiub
1/2 kilo tulang ayam
50 g kacang tanah
6 g sohon di goreng tanpa myk
50 sen daun sup dihiris halus
3 ulas kiub ayam
30 sen taugeh ( lagi sedap klu rajin buat taugeh yang baru nak bercambah tu)
50 g bwg goreng
seekor ayam direbus dan di carik-carikkan
serbuk perasa,garam dan sedikit gula ( kuah soto ni mesti ader rasa manis-manis sedikit)
air secukupnya untuk merebus tulang ayam
sedikit begedil kentang ( Uj x buat)

Bahan B:

15 bj bwg merah dihiris
10 ulas bwg putih
2 inci halia dihiris
5 batang serai diketuk
sedikit kulit kayu manis
sedikit buah pelaga
sedikit bunga lawang

Bahan kisar: C

3 sudu bsr jintan manis
3 sudu bsr jintan putih
4 sdu bsr ketumbar

Goreng semua bhn tanpa myk dan di kisar halus.

Cara:

1.     Panaskan myk dan addkan bahan B.Masak sehingga naik bau.Addkan bahan kisar C.Kacau sehingga
        tumisan naik bau dan kemudian`addkan pula tulang aym serta dada ayam tadi.Kacau rata.
2.     Bila tulang ayam dan dada ayam dah serata dgn rempah tumisan addkan air .masak sehingga
        daging dada ayam tadi empuk.Bila dah empuk keluarkan dada ayam tadi dan toskan.
3.     Bolelah dicarik-carik daging dada ayam tadi  dan ketepikan.Imbangi rasanya.
4.     Kemudian bolelah dihidangkan dgn bahan sampingan.


Kuah kicap:

1/4 cwn cili padi dikisar halus
3 sudu bsr kicap manis
2 sudu  bsr kicap masin
1 bj perahan limau kasturi

 -Gaul kesemua bhn serata.Bolelah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment