mytasteindonesia.com

Saturday, 26 January 2013

KUIH TALAM LAPIS II





Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman-teman yang UJ sayangi.Apa khabar semuanya yer..Uj doakan semoga semua rakan-rakan Uj sihat walafiat  hendaknya.Hishhh...semenjak dua menjak ni Uj dah gila melapis pulak..Di N3  Uj yang lepas baru jer dok tayang kuih lapis..La ni  nak melapis lagi..Bukan ape yer kengkawan, sajer jer UJ nak buat koleksi resepi kuih talam ni...lain orang lain caranya...lain orang lain pulak versinya...dan rasanya pun berlainan.Kali ni Uj nak kongsikan satu lagi resepi kuih lapis yang menggunakan banyak tepung beras....ala-ala resepi nenek moyang kita dulu..sedap....Dok sibuk mengintai dapur rakan-rakan maka terpandang pulak versi ni...bila dah buat rasanya" mantopppp"...Lembut dan sesedap rasa..dan bersesuaian sanagtlah dgn citarsa Uj sekeluarga.Resepi ni Uj intai dari dapur kak Ann dari periuktanah.blogspot...Kak Ann ni  banyak jugak versi kuih talamnya..tapi bila Uj mencuba resepi yang satu ni memang sedaplah.....terima kasih kak Ann kerana sudi share resepi kuih talam yang sedap ni...Izinkan Uj kongsikan resepinya  yer....





Resepi: Kuih talam  lapis
sumber: Kak Ann...( periuktanah.blogspot.com)



Bahannya: ( boleh gandakan jika bilangan rakyar dlm rumah  tu ramai)

1 cwn tepung beras
2 sdu bsr tepung jagung
2 sdu bsr tepung gandum
1/2 cwn gula ( bole kurangkan sikit jika x suka manis)
2 cwn santan sedarhana pekat
sedikit pewarna merah
sedikit esen ros
1/4 sudu teh garam

Cara:

1   .Panaskan kukusan.Sapu loyang dgn sedikit myk.Bila air dah mendidh addkan loyang dlm kukusan.
2.   Satukan semua bahan kacar rata.Kemudian tapis.
3.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian  (4:3).Warnakan satu bahagian dgn pewarna merah dan esen
      ros dan satu bahagian biarkan putih 
4.   Bila air dah benar-benar mendidih mula kan melapis dgn warna putih dahulu.
5.   Biarkan kuih selama 5~ 6 minit kemudian barulah dimasukkan lapisan yang kedua.Buatlah seterusnya
      sehingga habis.
6.   Untuk lapisan yang terakhir biarkan 7~ 8 minit kuih masak didalam kukusan.


 

  Boleh makan selapis-selapis.....

No comments:

Post a Comment