mytasteindonesia.com

Wednesday, 16 January 2013

KUIH TALAM LAPIS






Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman-teman yang Uj kasihi..Kali ni Uj nak kongsikan satu resepi kuih tradisional kita iaitu kuih talam lapis.Uj menyukai kuih ni  kerana rasanya yang lemak-lemak manis ditambah pula dengan aroma perasa ros memang menjadi salah satu kuih tradisional kegemaran Uj...Kuih talam lapis ni juga boleh dipelbagaikan mengikut pilihan masing-masing...ada yang suka menggantikannnya dengan perasa pandan,coklat ,labu,keladi dan macam -macam lagilah...Tepuk dada tanya  selerakan...Kali ni kuih talam lapis  Uj gunakan resepi dari Rinnchan  memang sedap....lembut jer...Ok sesiapa nak mencuba silakan ....bagi ahli keluarga yang ramai bolehlah digandakan kuantitinya...



Resepi: Kuih talam lapis perasa ros
sumber: Rinnchan .fotopages.com


Bahan:

11/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir( bole tambah lagi jika suka manis)
3 cwn santan( boleh tambah lagi jika perlu)
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna merah
1/2 sdu teh esen ros


Cara:


1.    Panaskan kukusan.Sapu loyang 8 inci (20 cm )dgn sedikit myk.Masukan loyang dalam kukusan.
2.    Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3.    Tapis adunan tadi dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4.    Satu bahagian addkan pewarna merah dan esen ros dan satu bahagian lagi biarkan putih.
5.    Bila air kukusan dah mendidih,mulakan melapis dgn warna putih dahulu.
6.    Masak selama 5~6 minit ( utk mendapatkan kuih yang bole dikopek) barulah boleh ditindih dgn warna
       merah dan buat sehingga habis.




Tips utk mendapatkan hasil yang kemas dan lembut:

-   Sekiranya sukatan tepung adalah 2 cwn makan adunan yg tlh dicampur santan mestilah 4 cwn.
     Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah tepung.
-   Gunakan cawan yang sama utk sukatan.



    lapisannya boleh dikopek....

No comments:

Post a Comment