mytasteindonesia.com

Monday, 25 February 2013

CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING EHMM...YUMMY....


 


Assalamulaikum..salam sejahtera buat semua teman-teman Uj yang Uj sayangi...Uj doakan semoga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa riang ria disamping keluarga tersayang...Dah lama jugak Uj tak menjenguk Secuit Rasa ni..maklumlah disebabkan kesibukan yang teramat sangat maka tiada berkesempatan Uj nak mengupdatekan resepi..Cuba-cuba jugak Uj nak mencuri masa untuk mengintai blog rakan-rakan apakah resepi terbaru yang dikongsikan oleh mereka..namun masa tetap tak mengizinkan...
  Baru-baru ni Uj teringin sangat  nak membuat kek karet...dan seakan -akan terasa-rasa akan kesedapan kek caret dengan cheese cream frostingnya ditekak ni ....di.tambah lagi  terpandang akan kek karet di saluran AFC...lagilah...menggamit-gamit perasaan ni untuk membuatnya.maka secara kebetulan bahan-bahan pun ade..apa lagi Uj pun mulalah menggodek ramuannya...kali ni Uj gunakan kacang pecan.selalu gunakan badam jer dan bakar menggunakan loaf pan jer.Bila dah masak dan hasilnya.."walahhh"...sedap sesgt..dan baunya...wangi satu rumah..Resepi masih lagi menggunakan resepi dari CMG...yang sedap tu...Terima kasih Cik Mat  tapi.cream cheese frostingnya Uj  ubah sedikit menggunakan frosting red valvet....dan hasilnya yumyum....Memang nak buat lagi....X puas  makan....



 



Resepi : Carrot Cake With Cream Cheese Frosting
Sumber: Cik Mat gebu ( heavenly carrot cake)


Bahannnya


1 cwn tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/4 sudu teh serbuk kayu manis*
1/2 sudu teh garam halus*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*( bhn bertanda* diayak bersama
2  biji telur gred B
3/4 cwn myk jagung @myk masak
3/4 cwn gula
11/4 cwn parutan karet ( ditoskn sedikit airnya)
1/2 cwn nenas dlm tin di cincang kasar (ditoskn airnya)
1/2 cwn kelapa kering ( umie x letak)
1/2 cwn kacang pecan dicincang kasar
2 sudu teh esen vanila ( Uj tambah)



Cara:

1. Ayak bhn bertanda *.ketepikan
2. Dlm mangkuk yg lain campurkan gula,myk esen vanila dan telur.Kacau dgn whisk sehingga gula hancur.
3. Bila gula dh hancur addkn bhn bertanda*.kaub balikan perlahan2 dan sebati.
4. Bila dh sebati addkn karet,nenas dan walnut kedalamnya.Gaul rata.
5. Sapukn loyang dgn sedikit mentega dan tepung.
6. Addkn adunan kedlm loyang dan bakar selama 45~50 min dgn suhu 160 degree mengikut tahap
    kepanasan oven masing-masing
7. Bila dh masak sejukan.bila dh sejuk barulah disapukan cream frosting keatasnya.



Bahan frosting:
250 g cheese cream (suhu bilik)
100 g mentega (UJ guna anchor)
3/4 cwn gula aising diayak
1 sdu teh esen vanila

 Cara:

1.    Satukan semua bahan dan pukul dgn mengguna kan mixer sehingga menjadi lembut dan gebu.
2.    Bila dah sebati dan lembut bolehlah disapukan diatas permukaan kek dan hias mengikut kreativiti.




yumyum..... terserlah kelembaban kek dan kacang pecannya Uj cincang kasar.....

No comments:

Post a Comment