mytasteindonesia.com

Tuesday, 26 February 2013

KEK KEJU OREO (CHILLED)

 
 


 


Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman-teman...Projek Uj kali ni ialah kek keju oreo.Semuanya kerana gara-gara nak menghabiskan baki cheese cream yang masih lagi tersimpan.Ingat nak buat kek keju nenas.memandangkan nenas dalam tin tiada didalam simpanan maka Uj pendamkan dulu hasrat nak membuatnya.wah banyak betul projek yang sedang menanti..semangat pulak nak mengechees kembali...semuanya adalah kerana terpesona dengan buku kompilasi hidangan berkeju terbitan karangkaraf..oleh Noraini Zakaria.Belek punya belek semua hidangan sedap-sedap belaka..Bila dah dicuba resepinya...ermmm yummy memang sedap...rasa semacam makan eskerim pulak.Wah rambang mata pulak yang mana satu nak dibuat dahulu.Ini pun sebab semangat sedang membara..tapi kalau tiba angin malas datang melanda alamat bersaranglah buku tu kat dalam almari...Ok sesiapa yang nak menjamu mata tu silakan..bagi yang nak mencuba...mulakan yer.....jom Uj sertakan resepinya....




Resepi: Kek keju Oreo (chilled)
Sumber resepi:  Kompilasi hidangan berkeju.Terbitan karangkaraf
Oleh  : Noraini Zakaria


Bahannya:

200 gm biskut oreo dibuang krim dan dikisar
70 g mentega cair

Bahan kek:

250 gm krim keju
250 krim putar
80gm gula kastor
60ml air panas
150 ml gelatin halal ( Uj guna halalgel)
3 keping biskut orero diramas kasar

Cara:

1.   Sediakan acuan bulat 7" jenis loose tin yang boleh dibuka bawahnya.
2.   Biskut diramas dan gaulkan mentega cair yang telah disejukan kedalamanya.Gaul sebati.Tekan
      pada dasar acuan sehingga padat dan sejukan didalam petisejuk selama 30 minit.
3.   Sementara itu add gelatin kedalam air panas.Kacau rata .Biar sebati.
4.   Pukul krim putar sehingga kaku dan simpan kedalam petisejuk.
5.   Pukul pula krim keju bersama gula kastor sehingga gebu dan lembut.Add kan gelatin.pukul
      rata lagi.
6.   Addkan biskut oreo yang telah diramas kasar tadi.gaul rata dengan menggunakan spektula.
7.   Addkan pula krim putar.Gaul rata dan sebati.
8.   Tuang kedalaam lapisan biskut oero tadi.Simapan didalam peti sejuk sehingga ia keras.





No comments:

Post a Comment