mytasteindonesia.com

Thursday, 28 February 2013

NASI ARAB KABSA







Assalamualaikum...salam khamis..Ari ni selera Uj beralih arah pulak ke timur tengah iaitu ke tanah Arab.Uj singgah ke dapur Wana dari blog Potret kasih..terliur tenguk nasi kabsa si Wana....jelajah lagi ke dapur Raidah...juga terhidang nasi arab si Raidah...wahhh...rambang mata pulak..Tak tau nak pilih resepi siapa dahulu yang perlu dicuba...pastu terbang kedapur kak Nor secubit garam...masih lagi kak Nor tayang nasi arab versi si Raidah..Kak Nor kata yummy sangat.Emmm kalau camtu nak try nasi arab versi si Raidah dululah pastu nanti pasti giliran resepi nasi arab si Wana pulak....Ok jom jamu mata.....Uj hidangkan nasi arab  ni bersama ayam goreng kabsa beryogurt , sos salata hara serta untuk saladnya Uj hiriskan karet dan kobis serta timun.Resepi si Raidah ni Uj olah sedikit mengikut citarasa Uj sebab Uj nak asingkan ayamnya dari dimasak bersama nasi....Maklumlah selera rakyat rumah Uj ni lain sikit x mo ayam diamasak bersama nasi......macam-macam kan...Ok jom jamu mata......







Resepi; nasi arab kabsa
Sumber dari :Raidah.....

Bahannya:

3 cwn beras basmati ( uj guna faezah mongul)
 4 sdu bsr myk sapi
31/4 cwn air
1 inci halia dimayang
1bj bwg besar didadu
1 btg kulit kayu manis
2 kumtum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
1 btg karot disagat
1 bj tomatao didadu
2 sdu tomato puri
1 sdu bsr rempah kabsa*
2 bj cili merah
1 bj cili benggala merah  ( Uj skip)
1/4 cwn kismas
sedikit pewarna kuning dan oren
gula serta garam
1 ulas kiub ayam

Cara:

1.    Panaskan myk.Tumis kayu manis,buah pelaga serta bunga lawang.Addkan juga bwg putih.halia dan
       bwg bsr.Tumis sehingga naik bau.
2.    Add tomato,tomato puri serta rempah kabsa.Goreng sebentar.Kemudian addkan kiub ayam,kismis
       karet parut ,garam serta gula.Kacau rata.
3.    Add beras.Kacau perlahan .Biar beras mesra bersama bhn tumisan kemudian masukan airsecukupnya.
       Masak nasi sehingga masak.
4.    Bila nasi dah masak titis kan beberapa titisan pewarna oren dan kuning.Jangan kacau.Tutup periuk dgn
       penutup periuk.Bila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dgn menggunakan garpu supaya nasi tak
       patah.


Resepi utk rempah kabsa:*

1  sdu makan bunga cengkih*
1  sdu makan lada hitam*
1  sdu makan jintan manis*
1  sdu makan jintan putih*
2  sdu makan ketumbar biji*
1  sdu makan buah pelaga*
1  sdu makan serbuk kunyit
1  sdu makan serbuk cili
 
Cara:

Satukan bahan bertanda goreng tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar halus.
Campurkan rempah bersama serbuk kunyit serta serbuk cili.Remapah kabsa ibi bole disimpan
didalam bekas kedap udara

 Ayam kabsa beryogurt: 

1 ekor ayam dibelah 2
250 ml yogurt
2 sdu bsr madu
1/2 sdu bsr rempah kabsa*
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Cara:

Satukan ayam bersama kesemua bahan dan perap selama1 ~ 2 jam.Kemudian bolehlah digoreng.

Untuk sos salata hara:

1 bj tomato
5 bj cili hijau bsr
1 tangkai batang ketumbar
sedikit gula dan garam
sedikit perahan lemon

Cara:

Kisar kesemua bahan.Jangan terlalu hancur.


Untuk salad:

sedikit hirisan bokis
sedikit hirisan karet
sedikit hirisan timun
3 tangkai cili hijau





       Salad serta sos salata hara

5 comments:

  1. saya dah cuba memang sedap..mewangi satu rumah.tq kongsi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih k.ani..silakan mencuba lagi yer....;)

      Delete
  2. melelh air liur tengok..saya masak jugak tapi tak la mampu nak masak cam resepi ni , tapi saya pki pes segera nasi arab jenama al-bayt..seng siap ngan beras basmathy dan rempah sekali, alhamdullilah suami suka itu yang penting... jemput singgah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

    ReplyDelete
  3. tkasih dalila...Uj x jumpa pes segera nasi arab ni...klu ada hndak jer uj cuba dgn pes pulak....=)

    ReplyDelete
  4. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete