mytasteindonesia.com

Friday, 29 March 2013

BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING










Assalamualaikum..salam Jumaat dan salam penghulu segala hari....Hari ni Uj nak kongsikan satu resepi yang ringkas jer..Resepi godek-godek dan terus bakar Tak perlu sukatan.Alkisahnya petang ni hujan turun dengan lebat betul  ditempat Uj ni...Siap dengan guruh dan petir sekali....huh.....lapo pulak perut ni....Nampak roti butterscotch yang Uj beli tempuhari  masih berbaki lagi..Apa lagi otak pun  mulalah memikir nak masak ape. Projek apa yer....??.Secara sepontan datanglah idea .Haaa...kalau wat puding roti sedap jugak ni bahan-bahan pun ader.Lipat lengan baju... mulalah nak memerojek ( betul ker perkataan ni ..ada ke dalam kamus heheh) puding roti.Puding roti ni kalau  dimakan sewaktu  hujan turun ni tentu sedapkan..sambil tu  hirup pulak teh O kurang manis ...Langkah pertama..memula panaskan oben.....pastu  carik bahan ...dan godek-godek terus bako.....Yummmmm...kali ni Uj letak dalam remekin jer..senang nak makan...Tak yah nak potong-potong lagi..senang kerjakan..Comel pun comel.....Bole dimakan sorang satu....









Bahannya:Dalam 6 bj remekin..

5 keping roti butterscotch dipotong 1 inci ( jenama gardenia)
1 cwn sus cair*
1/4 sdu teh serbuk kayu manis*
11/2 sdu besar gula kastor*
1 bj telur*
1 bj epal dihiris nipis ( pisang pun bole x kita apa jenis buah pun)
sedikit kismis hitam
sedikit walnut cincang
sedikit gula perang ( utk ditabur diatas permukaan puding)

Cara:

1.     Panaskan oven 170 degree
2.     Potong roti  1 inci lebar ( x perlu potong tepi roti..bila dah masak tepinya tu rangup)
3      Satukan bahan bertanda dan kacau dgn menggunakan whisk.Biar semua bahan sebati
4.     Bila dah sebati susun roti yang telah dipotong tadi didalam remekin.Selang selikan dengan buah apple
        hiris tadi.
5.     Addkan susu  didalam remekin dan biarkan roti mesra bersama susu tadi.
6.     Taburkan walnut dan kismis diatas roti tadi
7.     Akhir sekali taburkan gula perang.
8.     Masukan remekin kedalam dulang dan letakkan air didalam dulang dan bakar didalam oven selama
        30 minit @ sehingga kekuningan ( Masak kaedah water bath)




 





 

No comments:

Post a Comment