mytasteindonesia.com

Saturday, 23 March 2013

DONUT DENGAN SOS KUSTARD






Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman..dah minum petang ker?..Apa juadah minum petang ari ni..tentu seronokkan duduk berkumpul dengan anak-anak tatkala cuti sekolah baru bermula....Tentu banyak cerita dan banyak jua perancangan  yang bakal diadakan sempena cuti sekolah  ni..Haa.... apa kata sambil kita sembang-sembang dan  sambil menghirup tea o kurang manis tu kita makan pulak kuih donat..Ha... juadah Uj petang ni kuih donat..Tapi dah selalu sangat makan kuih donat ni ditaburkan dengan gula ..kali ni nak buat kelainan sikitlah..makan donat dengan sos kustard pulaklah ...sedapppp...berebut-rebut nak mencicahnya..berlaga-laga tangan.Bagi Uj memang sedap....yelah kata orang..... lain orang lain seleranya...Kali ni Uj buat resepi donut  Yani dari My Resepi  pulak..Bahannya pun simple  jer....Apa yang Uj suka tentang resepi Yani ni tiada penggunaaan telur dalam resepi nya...dan..donatnya pun lembut dan gebus  jer......Ok tak pelah jom jamu mata.....



 



Sumber resepi : Yani dar MyResepi

Bahannya:

200g tepung roti
20 g gula
1/2 sdu kecil garam
1 sdu kecil dry yis
140 ml susu segar
20g mentega
myk masak untuk menggoreng.

Cara:

1.  Satukan tepung ,gula dan garam dalam satu mangkuk kacau.
2.  Baut lubang tenagh addkan susu dan dry yis.kacau sedikit.
3.  addkan pulak mentega.kacau sehingga sekata.Keluarkan dari manguk dan letakakn atas papan pencanai
4.  Uli dengan tangan sehingga tak melekat ditangan.Buatkan bentuk bulat dan masukan adunan ke dalam
     bekas yang besar dan bersih.tutup dengan tuala lembab.biarkan doh naik 2 kali ganda.
5.  Buat finger test untk uji dah naik ke tidak.Kalau lekat dijari bermakna dah naik.
6.  Keluarkan dari bekas dan canai mengikut bentuk kesukaan.Addkan dalam dulang dan biarkan naik
     2 kali ganda.
7.  Bila dah naik gorenglag denagn myk yang banyak sehingga kekuningan..


Untuk sos kastard:

1 sdu besar tepung kastard
1 sdu besr gula kastor
2/3 cwn susu cair
15 g mentega
2 sdu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning.


Cara:

1.  Satukan semua bahan kecuali mentega dan esen vanila
2.  Kacau rata dengan api yang perlahan.
3.  Bila dah sebati addkan mentega dan esen vanila.kacau lagi sehingga sedikit memekat.
5.  Angkat dan masukan kedalam bekas dan tutup permukaan sos dengan plastik wrap supaya
     tiada lapisan terhasil diatas sos.



 


  Hasil kejadian...sedap dicicah dengan sos kustard....



No comments:

Post a Comment