mytasteindonesia.com

Monday, 25 March 2013

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE.....






Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua teman.....Rata-rata ramai rakan-rakan blogger dah pun membuat kek "glamer" ni......Kalau gi kat kedai bakery tu sambil cuci-cuci mata  lihat jer harganya...terbeliak bijik mata dibuatnya....Kengkadang tertanya-tanya sendiri nape lah mahal sangat kek cinonit ni.....walhal..kalau google resepinya.....bole jer wat sendiri....pokok pangkalnya ..ada keinginan dan kerajinan nak membuatmya.....betul tak???...Ok disebabkan ader kerajinan dan ditambah pula dengan adanya keinginan nak merasa akan kesedapan kek ni...maka Uj pun cubalah membuatnya.....Pilih jer nak gunakan resepi dari siapa dan  yang mana berkenan dihati...terjah jer dapur rakan-rakan blogger yang mana masing-masing duk cuba berkongsi resepinya.Semuanya ader versi tersendiri.....Terima kasih  diatas kemurahan hati mereka...Dengan kesempatan ini jugalah Uj tertarik untuk mencuba resepi hokkaido chiffon cupcake ni dari  dapur Azlita Aziz .Sebabnya resepi Ita ader menggunakan tepung kastad didalam adunan keknya.....tentu ada kelainan dari segi rasanya...bila dah mencuba dan melihatkan hasil kejadiannya..."walahhhh....." gebu gebas.....sedap...nyaman jer masuk kat tekak...Uj gandingkan dengan sos kastad versi Uj .Dah intai dah dapur Cik Mat kita..ingat lepas ni nak buat HCC ni menggunakan resepi Cik mat kita pulak.......datanglah kerajinan................fuhhhhh.....







Sumber: Dari blog masam manis Azlita aziz

Bahannya:

Bahan A:

55 g tepung kek ( superfine) Uj guna tepung gandum jer
1 sdu teh baking powder
1/4 sdu teh garam
20 g tepung kastad

Bahan B:

4 bj kuning telur
30g gula kastor
40 ml susu segar
40 ml myk jagung @ myk masak

Bahan C:

4 bji putih telur
80 g gula kastor
1 sdu teh perahan limau kasturi ( Uj tambah )

Cara membuatnya:  Panaskan oven 170 degree.

1.    Ayak bahan A ketepikan.
2.    Pukul  kuning telur dan gula menggunakan whisk sehingga pucat.
3.   Addkan vanila,susu segar dan minyak.Pukul rata lagi sehingga sebati.
4.   Addkan bahan yang telah diayak tadi  gaul rata dan sekata.
5.   Dalam bekas lain yang bersih pukul putih telur dengan kelajuan yang tinggi sehingga berbuih dan addkan
      gula sedikit demi sedikit serta perahan limau kasturi tadi.Pukul lagi sehingga menjadi meringue.
6.   Addkan 1/3 aduana putih telur tadi kedalam adunan tepung dan kaub balikan sehingga sebati.
7.   Addkan baki putih telur tadi   dan gaul sehingga sempurna dan sebati.
8.   Tuang adunan yang telah digaul sebati tadi kedalam remekin atau cawan kertas yang keras.( Uj tuang 50
      gm ) dalam cawan kertas keras.Hentakkan sedikit sebelum dimasukan kedalam oven.
9.   Bakarlah selama 25 ~ 30 minit
10. Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukan terlebih dahulu barulah dipaipkan krim kastad keatas
      nya.


 Untuk krim kastard:


1 sdu bsr tepung kastard
1 sdu bsr gula kastor
2/3 cwn susu cair
150g mentega
2 sdu teh esen vanila


Cara:

1.   Satukan semua bahan kecuali mentega dan esen vanila.Masak diatas api yang perlahan sehingga
      mula memekat
2.   Bila dah mula memekat addkan mentega dan esen vanila.kacau rata.Bila dah benar-benar pekat
      tutup api dan tuangkan sos kedalam mangkuk.
3.   Tutup permukaan mangkuk dengan plastik wrap dan sejukan dahulu sebelum dipaipkan diatas kek

*    Tujuan menutup permukaan krim dgn plastik wrap adalah untuk menhindarkan permukaan sos dari
      berkerak.

*    Tujuan utuk menghentakkan aduanan yang telah dimasukan kedalam remekin atau cawan kertas sebelum
      dibakar adalah utk menggelakan gelembung udara terperangkap didalam kek.


   ....... Jom jamu mata......






     gebu......lembut.... dimakan pulak dengan sos kastard.....sesuwaiii.....

 

No comments:

Post a Comment