mytasteindonesia.com

Friday, 8 March 2013

NASI KABSA AYAM PANGGANG BEREMPAH










Assalamualaikum...Menu nasi arab lagi ari ni...sebab tak tau nak masak apa...Atas permintaan rakyat jelata kat rumah  Uj ni...maka terbang lah sekali lagi kami sekeluarga ke tanah Arab.kali ni resepi nyer ringkas saje.Masih menggunakan resepi dari Raidah tapi banyak bahan yang Uj olah mengikut bahan yang Uj ada..Niat hati nak pulang kan pinggan jiran sebelah rumah yang dah berkurun tersimpan..Agaknya tuan punya pinggan pun dah lupa kot..atau dah baut-buat lupa.....Maka untuk dibalas balik Uj isikan dengan hidangan sepinggan nasi kabsa ni...tertonggeng sebelah peha ayam didalam pinggan "...ha amik ko..." Tetiba pas Isyak tadi jiran duk tipon tanyer resepi nasi arab...alahai resepi bidan terjun jer tu  banyak yg Uj tokok tambah dari resepi asal....Alhamdulillah..mereka suka..kembang kempis hidung yang tak berapa nak mancung ni kena puji....dan pastinya..Uj kongsikan....Dan resepinya adalah......






Bahannya:

Bahan utk nasi

3 cwn beras basmati basuh dan ditoskan
31/4 cwn air
3 sdu bsr myk sapi
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 bj buah pelaga
1 bj bwg besar didadu
3 ulas bwg putih dimhiris
1 inci halia dihiris
1 ulas kiub lembu maggi
2 sdu teh rempah kabsa*
1/4 cwn sedikit kismis
1 sdu teh jus oren sunquick( uj tambah)
2 sdu teh susu pekat ( uj tambah )
sedikit garam
sedikit pewarna oren
sedikit serbuk kunyit.
2 sudu teh tomato puri
1/4 cwn karet diparut


Cara:

1.   Panaskan periuk add myk sapi.Addkan kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga.Addkan bwg
      bsr,bwg putih dan halia.Kacau sehingga naik bau.
2.   Addkan tomato puri,serbuk kunyit,karet yg tlh diparut ,kismis dan kiub lembu.kacau rata.Biar
      bahan semua sebati.
3.   Bila bahan dah sebati addkan beras.kacau rata perlahan-lahan beras sepaya beras tak patah.Bila
      beras dah sebati dgn bahan tumisan addkan air.kacau perlahan
4.   Addkan susu pekat,jus sunquik dan garam kedalam periuk.Masak nasi sehingga kering.
5.   Bila dah kering addkan beberapa titik pewarna oren ke dalama nasi dan biar nasi masak sepenuhnya.
6.   Jangan kacau nasi...bila nak hidang barulah dikacau dengan mengguna kan garpu supaya nasi tak
      patah.

Resepi ayam panggang berempah:

Bahannya:

1 ekor ayam dipotong 4.Cuci bersih dan toskan
2sdu besar rempah kabsa
sedikit serbuk cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
2sdu bsr madu
2 sudu teh perahan limau kasturi.

Cara:

1.    Satukan semua bahan rempah dan perapkan bersama ayam.Perap selama2 jam.
2.    Panaskan oven 200 degree.Sapukan sedikit myk didulang pembakar dan bakar selama 45 minit atau
       sehingga ayam garing dan masak.



    Sos salatha hara....dan sup serta bahan saladnya....




Bahan utk sos salatha hara:

1 bj tomato di potong
3 tangkai batang saderi ( uj tak guna batang ketumbar)
2 tangaki cili hijau
sedikit perahan limau kasturi
sedikit garam dan gula

Cara:

Satukan semua bahan dan kisar sehingga sebati ( Uj tak suka hancur sangat )


Bahan utk rempah kabsa*

1 sdu makan bunga cengkih*
1 sdu makan lada hitam*
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
1 sdu makan serbuk kunyit
1 sdu makan serbuk cili


Cara:

1.   Goreng semua bahan bertanda * tanpa myk sehingga naik bau.Bila dah naik bau kisar sehingga
       hancur. Satukan dgn serbuk cili dan serbuk cili.Kacau rata.Simpan didalam bekas yang kedap udara.



Bahan untuk sup:

1 bj bwg bsr didadu
3 ulas bwg putihdicincang
1 inci halia dihiris
1 ulas kiub lembu maggi
5 cwn air
1/2 sudu teh rempah kabsa*
garam 
sedkit myk utk menumis

Cara:

1.    Panaskan myk.Addkan bwg bsr,halia dan bawang putih sehingga naik bau.
2.    Addkan rempah kabsa.kacau sehingga naik bau.
3.    Addkan kiub lembu.kacau rata dan masukan air.
4.    Biar sehingga mendidih dan tambahkan sedikit garam sebagai perasa.
5.    Hidang dgn sedikit hirisan daun saderi.


Bahan ulaman yang sedap dimakan bersama nasi Arab ni:

sedikit kobis dihiris
sedikit karet dihiris
sedikit timun dihiris
3 ~ 4 btg cili hijau



Nasi arab ni sedap dimakan bersama cili hijau yang diratah begitu saja dan curahkan sos salatha haranya
keatas salad dan makan  "kruk....krak..kruk..krak.." bunyinya bila dikunyah.Sesekali hirup rebusan supnya...dan ratah ayamnya..." walahhhhh"....



1 comment:

  1. mcm sedap ni, boleh cuba lain kalu.. hari ni sy buat nasi arab mandhy

    ReplyDelete