mytasteindonesia.com

Wednesday, 20 March 2013

PIZZA BEBOLA DAGING





Assalamualaikum...salam sejahtera buat semua teman..Alahai ari ni moody betul Uj...Susahnya nak upload photo.Berjam-jam baru dapat upload satu photo ...pastu bila nak publish,memanjang jer error ..Hishh server macam kure-kure..terpaksalah banyak kali urut dada...."dugaannnnnn".......Disebabkan itu jugak tak dapatlah Uj nak celoteh panjang-panjang..Uj terus jer  ke entri...iaitu Pizza.Masih menggunakan resepi doh pizza dari dayang jack....dan toppingnya Uj gunakan lebihan sos spegetti Uj tempuhari.....yang sememangnya sengaja Uj wat lebih..sebab nak diletakan diatas pizza...Ok jom...jamu mata.....







Resepi doh pizza:
Sumber: Dayang Jack ( dari blog dapurku sayang )


Bahannya  untuk doh

2  cwn tepung gandum
2 sdu kecil yis segera mauripan
2 sdu bsr susu tepung
160 ml air suam
1 sdu bsr gula kastor
1/2 sdu kecil garam halus
1/2 sdu bsr bread softner
1/2 sdu bsr ( bread improver) Uj tambah
1 sdu bsr myk@ myk zaitun

Cara:   ( Uj guna Bread maker) tekan "on" biar BM mengguli sehingga habis.Terus ke step no 5.

1.    Rendam yis bersama air suam selama 10 min ( yis yang baik akan menghasilkan buih)
2.    satukan semua bahan dan addkan kedalam bread maker.Tekan on dan biar BM menguli sehingga
       habis.*
3.   ( Kaedah menguli dgn tangan).Dalam mangkuk lain satu kan semua bahan dan gaul.Kemudia buatkan
      lubang ditengah-tengah dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan.Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
4.   Simpan doh didalam satu bekas bersih dan tutup kemas dgn kain yang lembab.Rehatkan doh selama
      45 ~ 50 minit.
5.   Panaskan oven pada suhu 180 degree.Sediakan pan pizza.Lenser pan dgn sedikit myk@ sedikit tepung.
6.   Keluarkan doh didalam bekas.Tumbuk-tumbukan sedikit utk keluarkan angin.letak doh didalam pan
      hanya dgn menekan dgn telapak tgn.Ratakan doh sehingga padat.
7.   Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan sedikit myk ditepi-tepi doh supaya cantik dan berkilat
       setelah masak.Biarkan rehat selama 10 minit.
8.    Bakar selama 7~ 10 mini.Kemudian keluarkan dari ketuhar. Akhirsekali ratakan dgn sos mayonis dan 
       bahan topping citarasa sendiri.Taburkan dgn keju mozarella yang telah diparut.
9.    Bakar lagi selama 20 minit @ sehingga kekuningan.

Bahan untuk sos : ( utk sosnya bole ikut citarasa sendiri)


1 bj bwg bsr dipotong dadu
2 ulas bwg putih diketuk dan dihiris
4 sdu bsr sos cili ( Uj guna jenama life)
1 tin sos spegetti prego ( traditional)
15 bj bebola daging ( uj guna jenama ramli)
4 keping daging burger biarkan suhu bilik dan hancurkan ( jenama ramli)
10 ulas cendawan butang ( Uj guna cendawan butang dalam tin ayam brand)
7 bj cili api dihiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikitserbuk oregano
sedikit myk
3 cwn air


Cara:


1.  Didalam kuali  addkan sedikit myk dan tumis bwg bsr dan bwg putih sehingga naik bau.Addkan daging
     burger tadi.Kacau rata.Kemudian addkan bebola daging .Kacau lagi.
2.  Bila semua bahan dah mesra dgn bhn tumisan addkan sos cili,sos spegetti dan cili api.Gaul sebati semua
     bahan.
3.  Addkan air.Biar bahan mereneh dan bebola daging menjadi empuk.Tutup kuali dgn penutup periuk.
4.  Bila bahan sos dah mereneh addkan candawan,kacau rata.Addkan juga serbuk lada hitam,serbuk
     oregano dan garam.Kacau kesemua bahan sebati.
5.  Bila dah sebati.tutup api dan angkat.
6.  Bila sos dah sejuk bole ler disapukan diatas pizza....

Sebelum dimasukan kedalam oven.....







Selepas kejadian...yummy.....



No comments:

Post a Comment