mytasteindonesia.com

Thursday, 21 March 2013

PIZZA HOMEMADE LAGI.........








Assalamualaikum...salam khamis dan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang berpuasa sunat khamis hari ini...Boringgg ker....maafkan  Uj yer...teruja sangat Uj nak mengN3kan  resepi pizza lagi...Dah 2 ari duk tayang Pizza.....Bukan ape atas permintaan rakyat jelata dirumah Uj ni suh wat Pizza lagi..katanya aritu tak cukup.....Secara kebetulan ader pulak tetamu yang datang bertandang tatkala pizza sedang dibakar ..maka dengan itu dijemputlah tetamu tu merasa pizza buatan sendiri ni.....kata orang sikit sama dirasa....Bila tetamu balik jer..sok-sek..sok..sek..penghuni tetap suh buat lagi....dengan itu....terpaksalah tukang masak ni memenuhi permintaan tuan tanah....Topping pun apa yang ader jer....Kali ni topping Uj gantikan bebola daging dengan tuna dan nenas jer...cendawan butang pun ada sikit lagi  lebihan aritu..Untuk doh masih lagi menggunakan resepi yang sama......Tapi kali ni  rotinya terlebih bako sikit..sebab leka wat keje lain..lambat sikit kuarkan dari oben...maka rangup sikitlah keraknya..Apa-apa pun..habih gak.....sebab kalau pizza rakyat jelata dalam rumah ni memang tak pernah nak menolak......Alhamdulillah......mereka terima seadanya.....








 Resepi doh pizza:
Sumber: Dayang Jack ( dari blog dapurku sayang )


Bahannya  untuk doh

2  cwn tepung gandum
2 sdu kecil yis segera mauripan
2 sdu bsr susu tepung
160 ml air suam
1 sdu bsr gula kastor
1/2 sdu kecil garam halus
1/2 sdu bsr bread softner
1/2 sdu bsr ( bread improver) Uj tambah
1 sdu bsr myk@ myk zaitun

Cara:   ( Uj guna Bread maker) tekan "on" biar BM mengguli sehingga habis.Terus ke step no 5.

1.    Rendam yis bersama air suam selama 10 min ( yis yang baik akan menghasilkan buih)
2.    satukan semua bahan dan addkan kedalam bread maker.Tekan on dan biar BM menguli sehingga
       habis.*
3.   ( Kaedah menguli dgn tangan).Dalam mangkuk lain satu kan semua bahan dan gaul.Kemudia buatkan
      lubang ditengah-tengah dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan.Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
4.   Simpan doh didalam satu bekas bersih dan tutup kemas dgn kain yang lembab.Rehatkan doh selama
      45 ~ 50 minit.
5.   Panaskan oven pada suhu 180 degree.Sediakan pan pizza.Lenser pan dgn sedikit myk@ sedikit tepung.
6.   Keluarkan doh didalam bekas.Tumbuk-tumbukan sedikit utk keluarkan angin.letak doh didalam pan
      hanya dgn menekan dgn telapak tgn.Ratakan doh sehingga padat.
7.   Cucuk permukaan doh dgn garpu dan sapukan sedikit myk ditepi-tepi doh supaya cantik dan berkilat
       setelah masak.Biarkan rehat selama 10 minit.
8.    Bakar selama 7~ 10 mini.Kemudian keluarkan dari ketuhar. Akhirsekali ratakan dgn sos mayonis dan 
       bahan topping citarasa sendiri.Taburkan dgn keju mozarella yang telah diparut.
9.    Bakar lagi selama 20 minit @ sehingga kekuningan.

Bahan untuk sos : ( utk sosnya bole ikut citarasa sendiri)


1 bj bwg bsr dipotong dadu
2 ulas bwg putih diketuk dan dihiris
4 sdu bsr sos cili ( Uj guna jenama life)
1 tin sos spegetti prego ( traditional)
1/2 tin nenas ditoskan airnya
1 tin tuna diambil isinya (ayam brand)
10 ulas cendawan butang ( Uj guna cendawan butang dalam tin ayam brand)
 sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikitserbuk oregano
sedikit myk
3 cwn air


Cara:


1.  Didalam kuali  addkan sedikit myk dan tumis bwg bsr dan bwg putih sehingga naik bau.
2.  Bila semua bahan dah mesra dgn bhn tumisan addkan sos cili,sos spegetti .Gaul sebati semua
     bahan.
3.  Bila bahan sos dah mereneh addkan candawan,kacau rata.Addkan juga serbuk lada hitam,serbuk
     oregano dan garam.Kacau kesemua bahan sebati.
4.  Bila dah sebati tutup api dan angkat.
5.  Bila sos dah sejuk bole ler disapukan diatas pizza....addkan bawang hiris,ikan tuna dan nenas
6.  Layerkan dengan keju mozarella da bole ler dibakar...







 

No comments:

Post a Comment